Program MyLESEN B2 2025 adalah inisiatif khas bantuan lesen memandu percuma bagi belia kurang berkemampuan, di mana kerajaan menanggung kos yuran pengambilan lesen B2 untuk penerima yang layak mengikut syarat yang ditetapkan.
Bagaimana cara mohon lesen memandu percuma 2025? Siapa yang layak? Ketahui syarat kelayakan, proses permohonan online, dan panduan lengkap di sini!

BACA JUGA : https://semakanstr.my/str-fasa-1-2025/
APA ITU BANTUAN LESEN MEMANDU PERCUMA
Program Bantuan Lesen Memandu Percuma MyLESEN B2 merupakan inisiatif Kerajaan Malaysia Madani yang ditawarkan kepada golongan belia B40 di mana kos yuran, latihan, amali, dan ujian ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan bagi membantu mereka mendapatkan Lesen Memandu Kelas B2 (Motosikal) tanpa sebarang bayaran.
KATEGORI LESEN PERCUMA YANG DISEDIAKAN
Lesen yang akan diberikan secara percuma dan ditanggung oleh Kerajaan adalah seperti berikut:
JENIS BANTUAN | KATEGORI LESEN |
---|---|
Lesen Memandu Percuma (MyLESEN B2) | Lesen Memandu Motosikal (B2) |
SYARAT KELAYAKAN PESERTA LESEN MEMANDU PERCUMA
Syarat dan Kategori Kelayakan mestilah terdiri daripada:
- Warganegara Malaysia;
- Sihat dari segi fizikal dan mental;
- Golongan Belia (Berusia 16 hingga 35 tahun);
- Terdiri daripada Golongan Keluarga Berpendapatan Rendah (B40);
- Pelajar Sekolah Menengah, Lepasan SPM, Graduan Institut Pengajian Tinggi atau Golongan Belia;
- Tidak memiliki sebarang Lesen Memandu Malaysia (LMM) semasa mengemukakan permohonan.
- Bebas daripada senarai hitam oleh mana-mana Mahkamah, JPJ, dan PDRM semasa mengemukakan permohonan.
LANGKAH PERMOHONAN BANTUAN
Permohonan lesen memandu percuma adalah seperti berikut:
- Dapatkan borang Permohonan Lesen Percuma MyLESEN B2 2025 Terkini.
- Kemudian, Isi maklumat permohonan di ruangan yang disediakan dengan lengkap.
- Sertakan sekali dokumen sokongan yang diperlukan seperti Kad Pengenalan, Keputusan Ujian Saringan Kesihatan, dan Gambar Pasport.
- Setelah itu, pemohon hendaklah memilih Pusat Latihan Memandu yang berdekatan untuk menjalani Latihan Praktikal dan hantar borang tersebut.
- Apabila permohonan diluluskan, Pihak JPJ akan mengatur jadual latihan memandu dan memaklumkan tarikh ujian praktikal. (Pastikan pemohon hadir pada tarikh yang ditetapkan untuk memastikan permohonan anda tidak terbatal).
- Selesai.
Catatan: permohonan adalah terhad mengikut kuota yang telah ditetapkan.
DOKUMEN SOKONGAN PERMOHONAN
Untuk permohonan lesen memandu percuma, individu dikehendaki menyediakan dokumen sokongan permohonan seperti berikut;
- Salinan Kad Pengenalan.
- Gambar Berukuran Pasport Terkini.
- Keputusan Ujian Saringan Kesihatan.
BORANG LESEN MEMANDU
Pemohon hendaklah menyemak PORTAL RASMI JPJ dari semasa ke semasa untuk mendapatkan borang rasmi permohonan atau kunjungi pejabat JPJ berdekatan untuk memastikan pemohon tidak terlepas untuk mendapatkan bantuan lesen percuma 2025.
TUJUAN PERLAKSANAAN PROGRAM LESEN MEMANDU PERCUMA
Objektif utama Program Lesen Memandu Secara Sercuma adalah seperti berikut:
- Meringankan beban golongan kurang berkemampuan B40 untuk mendapatkan Lesen Memandu Kelas B2 (Motosikal).
- Meningkatkan keselamatan jalan raya melalui pemilikan Lesen Memandu serta latihan dan kemahiran memandu yang disediakan.
- Menggalakkan dan memupuk masyarakat untuk memandu kenderaan secara sah di sisi undang-undang serta melahirkan penunggang motosikal yang kompeten.
- Meningkatkan peluang dan kebolehpasaran pekerjaan bagi golongan B40 yang memerlukan lesen untuk bekerja.
MAKLUMAT TAMBAHAN BANTUAN
Berikut merupakan maklumat penting yang perlu dipatuhi peserta untuk mengemukakan permohonan bantuan.
- Kos yuran peserta melibatkan fi latihan, amali dan ujian akan ditaja sepenuhnya oleh Kerajaan.
- Kos pengangkutan ke Institut Memandu (IM) dan kos-kos tambahan perlu ditanggung oleh peserta sendiri DAN TIDAK TERMASUK di dalam pakej bantuan ini.
- Perlu mengikuti latihan, amali dan ujian memandu berdasarkan tempoh masa dan Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan.
- Hendaklah bersedia mengikuti program ini berdasarkan tempoh masa dan jadual latihan serta ujian yang ditetapkan.
- Peserta adalah tertakluk kepada apa-apa syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dari semasa ke semasa.
- Wajib untuk menandatangani Surat Aku Janji dan pengesahan kendiri kesihatan penyertaan program bagi memastikan komitmen dan kebajikan semua pihak berjalan lancar sehingga program tamat.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Jabtana pengangkutan Jala Raya (JPJ) yang berdekatan.
- Talian Bantuan: +60 3 8000 8000
- e-Mel: [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://www.jpj.gov.my/
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf