STR Fasa 2 Bayaran 2025: Semakan Kelayakan & Tarikh Masuk

STR Fasa 2 Bayaran 2025: Semakan Kelayakan & Tarikh Masuk

Bagi penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025, pembayaran Fasa 1 telah disalurkan kepada 8.3 juta penerima dengan jumlah keseluruhan RM2.3 bilion. Untuk Fasa 2, jumlah penerima dijangka meningkat, dengan nilai bantuan yang lebih tinggi bagi golongan yang layak.

Bagaimanakah cara untuk semak status kelayakan dan tarikh masuk bayaran STR Fasa 2 2025? Ikuti panduan lengkap di bawah untuk maklumat lanjut.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

STR FASA 2 MASUK BAYARAN 2025

BACA JUGA : Panduan Lengkap mySalam: Login, Pendaftaran & Tuntutan (2025)

PROSES BAYARAN STR FASA 2 2025

Proses bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa kedua (2) adalah sama seperti sebelum ini yang bergantung kepada jenis penerima berikut :

PENERIMA ADA AKAUN BANKPENERIMA TIADA AKAUN BANK
Dimasukkan terus ke dalam akaun
bank penerima/pasangan mengikut
nombor dan jenis akaun bank
yang didaftarkan semasa
mengemukakan permohonan STR
Diberikan secara tunai di kaunter
mana-mana cawangan
Bank Simpanan Nasional (BSN)
berhampiran
(termasuk penerima Sabah dan
Sarawak)

AMAUN STR FASA 2 MASUK BAYARAN 2025

Kadar amaun Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa kedua (2) akan dimasukkan sebanyak :

  • Kategori Isi Rumah :
KELAYAKAN ISI RUMAHAMAUN BAYARAN
STR FASA 2 2025
Isi Rumah Pendapatan
Bawah RM2,500
RM150 hingga RM650
(Bergantung bilangan anak)
Isi Rumah Pendapatan
RM2,501 hingga RM5,000
RM100 hingga RM300
(Bergantung bilangan anak)
  • Kategori Bujang/Balu/Janda/Duda :
KELAYAKAN BUJANGAMAUN BAYARAN
STR FASA 2 2025
Bujang Berumur
21 hingga 59 tahun
RM150
Bujang Berumur
60 tahun dan ke atas
(Warga Emas)
RM150

*Nota : Setiap penerima sedia ada dan penerima baharu akan menerima bayaran fasa kedua (2) yang berbeza dan perlu membuat semakan di portal rasmi STR.

TARIKH STR FASA 2 MASUK BAYARAN 2025

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa kedua (2) dijangka akan dimasukkan bermula pada :

PERKARATARIKH BAYARAN STR
Bayaran
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Fasa Kedua (2)
Bermula 3 April 2025 dan berperingkat

*Nota : Namun, sekiranya terdapat perubahan tarikh bayaran Fasa kedua (2), pihak kami akan kemaskini dari semasa ke semasa.

WAKTU STR FASA 2 MASUK BAYARAN 2025

Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan dimasukkan secara berperingkat ke dalam akaun bank penerima mengikut waktu berikut :

BIL.JENIS AKAUN BANK
PENERIMA
WAKTU BAYARAN
MASUK
1.Bank Simpanan Nasional (BSN)Selepas 6 petang
2.Bank IslamSelepas 8 malam
3.Affin BankSelepas 8 malam
4.AmbankSelepas 8 malam
5.MaybankSelepas 9 malam
6.Cimb BankSelepas 9 malam
7.RHB BankSelepas 9 malam
8.Bank MuamalatSelepas 10 malam
9.Lain-lain BankSelepas 10 malam

*Walau bagaimanapun, waktu bayaran masuk adalah tidak menentu kerana mengambil masa tiga (3) hingga lima (5) hari bekerja.

PAUTAN PORTAL RASMI STR 2025

Berikut merupakan pautan Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang boleh diakses untuk semakan status, permohonan dan kemaskini :

PERKARAPAUTAN
PORTAL RASMI
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
(STR LHNDM)
https://bantuantunai.hasil.gov.my/

PANDUAN SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN STR FASA 2 2025

Untuk mengetahui status kelayakan sebagai penerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa kedua (2), ikuti panduan semakan status berikut :

  1. Sila layari pautan Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di atas.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  11. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  12. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  13. Status Bayaran Fasa 2 akan dipaparkan.
  14. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202025%20FASA%201.pdf.