Bantuan Tambahan Ewallet B40 2025: Semak Status Penerima (RM1200 & RM600)
Berita terkini! Kerajaan meneruskan Bantuan Ewallet B40 sebagai tambahan kepada individu berpendapatan rendah (B40) untuk meringankan kos sara hidup. Bantuan ini diberikan secara tanpa tunai (cashless) dan boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas di kedai-kedai runcit berdaftar.
Melalui Belanjawan 2025, kerajaan meningkatkan jumlah peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada RM13 bilion, naik berbanding RM10 bilion pada tahun sebelumnya.
Bagaimanakah cara semakan status penerima bantuan ewallet tambahan B40 2025? Pastikan anda tidak terlepas untuk mengetahui kelayakan dan maklumat lanjut tentang tarikh dan proses semakan.
BACA JUGA : Bantuan MyKad RM1200 2025: Semakan MyKad & Cara Semak Kelayakan Online
APA ITU BANTUAN TAMBAHAN EWALLET B40 SARA
Bantuan tanpa tunai atau ewallet ini telah dilaksanakan pada 2023, dan akan diteruskan lagi pada tahun 2025 dengan lebih ramai individu yang akan menerima bantuan ini.
Inisiatif bantuan ini disediakan khas kepada rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah dan sederhana (B40 dan M40) dan akan dikreditkan secara tanpa tunai (cashless) ke dalam MyKad penerima dengan kadar sebanyak RM100/RM50 setiap bulan untuk membuat pembelian keperluan asas di kedai runcit yang berdaftar MyKasih.
Dalam belanjawan 2025, dianggarkan seramai 60 peratus penduduk dewasa akan menerima bantuan ini secara bulanan.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN TAMBAHAN B40
Penerima bantuan yang layak dan menepati syarat di bawah sahaja akan menerima wang MyKasih/SARA:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.
CARA SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN TAMBAHAN B40
Status penerima boleh disemak melalui kaedah seperti berikut:
- Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Portal Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
PANDUAN LENGKAP SEMAKAN BANTUAN DI PORTAL MYKASIH
Semakan Semakan status penerima di portal MyKasih seperti berikut:
- Klik log masuk MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan
- Kemudian, tekan pada bahagian [Semak Status]
pada Semakan pelaksanaan SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA) - Bahagian semakan akan dipaparkan
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad]
- Klik Semakan Status
- Status kelayakan penerima akan dipapar [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)].
- Selesai.
PANDUAN LENGKAP SEMAKAN BANTUAN DI PORTAL MYSTR
Panduan Lengkap Semakan status penerima di portal MySTR seperti berikut:
- Klik log masuk MySTR :
https://bantuantunai.hasil.gov.my - Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Semakan Status
- Maklumat yang akan dipaparkan:
• Semakan Permohonan
• Maklumat Pembayaran - Status kelayakan penerima akan dipapar [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)].
- Selesai.
TARIKH DAN JADUAL PENGAGIHAN BANTUAN TAMBAHAN 2025
Tarikh pengagihan dan bayaran bagi Kategori Miskin/Miskin eKasih dengan BUKAN Miskin/Miskin eKasih adalah berbeza seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | TARIKH PENYALURAN BANTUAN |
---|---|
Berstatus Miskin & Miskin Tegar eKasih | Bermula Januari 2025 |
Penerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 (Berstatus Bukan Miskin & Miskin Tegar eKasih) | Bermula April 2025 |
Catatan: Kaedah penyaluran bantuan adalah secara TANPA TUNAI dimana wang akan dikreditkan kedalam MyKad penerima. Kaedah ini membenarkan penerima membuat pembelian barangan keperluan asas MyKasih menggunakan MyKad di pasaraya yang berdaftar MyKasih.
CONTOH PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS TANPA TUNAI
Penerima boleh membeli barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan seperti beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.
JUMLAH BANTUAN TAMBAHAN B40
Kadar bantuan yang adalah mengikut kategori seperti di bawah:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) (BERSTATUS MISKIN & MISKIN TEGAR eKasih) | KADAR BANTUAN (RM) (PENERIMA STR 2025 – BUKAN MISKIN & MISKIN TEGAR eKasih) |
---|---|---|
Isi rumah | RM 1200 (RM100 sebulan) | RM 900 (RM 100 sebulan) |
Warga emas tiada pasangan | RM 1200 (RM100 sebulan) | RM 450 (RM 50 sebulan) |
Bujang | RM 600 (RM50 sebulan) | – |
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]