Dengan peningkatan kos sara hidup, golongan berpendapatan rendah dan sederhana menghadapi cabaran kewangan yang semakin mencabar. Oleh itu, kerajaan memperkenalkan Bantuan Asas Sara Hidup 2025 bagi meringankan beban rakyat yang memerlukan dengan penyaluran bantuan sepanjang tahun.
Bagaimanakah cara menyemak status kelayakan Bantuan Asas Sara Hidup 2025? Ketahui panduan lengkap dan maklumat terkini di sini!
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : BANTUAN RAYA 2025
APA ITU BANTUAN ASAS SARA HIDUP 2025
Bantuan Asas Sara atau rasminya diperkenalkan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang diagihkan setiap bulan sebagai Bantuan Sara Hidup untuk membantu rakyat menampung kos pembelian barangan keperluan asas seperti bahan makanan, produk kebersihan, ubat-ubatan dan peralatan pendidikan anak.
JUMLAH BANTUAN ASAS SARA HIDUP 2025
Bantuan Asas Sara akan diagihkan dengan jumlah yang berbeza bagi setiap kategori mengikut kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :
- Kategori Isi Rumah :
- Isi Rumah Miskin dan Miskin Tegar : RM2,100 setahun.
- Isi Rumah Asas Bukan Miskin : RM900 setahun.
- Kategori Warga Emas :
- Warga Emas Miskin dan Miskin Tegar : RM1,650 setahun.
- Warga Emas Asas Bukan Miskin : RM450 setahun.
- Kategori Bujang :
- Bujang Miskin dan Miskin Tegar : RM600 setahun.
- Bujang Asas Bukan Miskin : Tiada.
CARA AGIHAN BANTUAN ASAS SARA 2025
Bagaimanapun cara agihan Bantuan Asas Sara bukanlah secara tunai sekaligus. Namun, kerajaan akan menyalurkan bantuan secara ansur berperingkat setiap bulan melalui pengkreditan terus ke dalam kad pengenalan (IC) penerima yang membolehkan penerima untuk membuat pembelian barangan keperluan asas secara tanpa tunai (cashless) setiap bulan.
TARIKH AGIHAN BANTUAN ASAS SARA 2025
Tarikh agihan Bantuan Asas Sara setiap bulan telahpun dijadualkan kepada setiap penerima seperti berikut :
PENERIMA BERSTATUS MISKIN & MISKIN TEGAR | PENERIMA BERSTATUS ASAS BUKAN MISKIN |
---|---|
15/01/2025, Rabu | – |
01/02/2025, Sabtu | – |
01/03/2025, Sabtu | – |
01/04/2025, Selasa | 01/04/2025, Selasa |
01/05/2025, Khamis | 01/05/2025, Khamis |
01/06/2025, Ahad | 01/06/2025, Ahad |
01/07/2025, Selasa | 01/07/2025, Selasa |
01/08/2025, Jumaat | 01/08/2025, Jumaat |
01/09/2025, Isnin | 01/09/2025, Isnin |
01/10/2025, Rabu | 01/10/2025, Rabu |
01/11/2025, Sabtu | 01/11/2025, Sabtu |
01/12/2025, Isnin | 01/12/2025, Isnin |
SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK BANTUAN ASAS SARA HIDUP 2025
Untuk mengetahui status anda layak atau tidak terima Bantuan Asas Sara, ikuti panduan semakan status seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Selesai.
Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Halaman utama Portal STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
- Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.