Melihat kepada kejayaan agihan Bantuan Asas SARA tahun lalu kepada golongan Miskin dan Miskin Tegar, kerajaan bersetuju untuk meneruskan program ini pada 2025 dengan penambahbaikan. Tahun ini, bantuan turut diperluaskan kepada penerima Asas Bukan Miskin, memastikan lebih ramai rakyat mendapat manfaat dalam mengurangkan beban kos sara hidup.
Bagaimana cara semakan status kelayakan penerima Bantuan Asas SARA 2025? Ikuti panduan lengkap dan info terkini di sini!
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : BANTUAN RAYA 2025
CARA AGIHAN BANTUAN ASAS 2025 SARA
Bantuan Asas Sara diagihkan kepada penerima yang layak melalui kad pengenalan (IC) penerima setiap bulan khas untuk digunakan sebagai kad bagi pembelian barangan keperluan asas seperti bahan makanan, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.
KADAR AGIHAN BANTUAN ASAS SARA
Setiap penerima akan menerima agihan Bantuan Asas Sara dengan kadar yang berbeza seperti berikut :
PENERIMA MISKIN & MISKIN TEGAR | PENERIMA ASAS BUKAN MISKIN |
---|---|
ISI RUMAH : RM2,100 setahun | ISI RUMAH : RM900 setahun |
WARGA EMAS : RM1,650 setahun | WARGA EMAS : RM450 setahun |
BUJANG : RM600 setahun | BUJANG : Tiada |
JADUAL AGIHAN BANTUAN ASAS SARA
Agihan Bantuan Asas Sara adalah secara ansur bersasar setiap bulan melalui dua (2) sesi mengikut jadual berikut :
TARIKH AGIHAN | PENERIMA MISKIN & MISKIN TEGAR | PENERIMA ASAS BUKAN MISKIN |
---|---|---|
Sesi pertama : 15 Januari 2025 hingga 1 Mac 2025 | Isi Rumah : RM100 sebulan Warga Emas : RM100 sebulan Bujang : RM50 sebulan | – |
Sesi Kedua : 1 April 2025 hingga 1 Disember 2025 | Isi Rumah : RM200 sebulan Warga Emas : RM150 sebulan Bujang : RM50 sebulan | Isi Rumah : RM100 sebulan Warga Emas : RM50 sebulan Bujang : Tiada |
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN ASAS SARA
Ikuti panduan semakan status kelayakan sebagai penerima Bantuan Asas Sara seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Selesai.
Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Halaman utama Portal STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
- Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.