Harga barangan dapur yang semakin meningkat telah membebankan sebahagian rakyat, terutamanya yang berpendapatan rendah. Untuk meringankan beban ini, Kerajaan MADANI meneruskan pemberian Bantuan Barangan Dapur melalui Program MyKasih (SARA), memberi bantuan dalam bentuk tunai kepada penerima sepanjang tahun 2025.
Ingin tahu cara semakan status kelayakan penerima Bantuan Barangan Dapur? Ikuti panduan dan maklumat lengkap di bawah.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/str-login/
KADAR AMAUN BANTUAN BARANG DAPUR 2025
Setiap penerima akan menerima kadar amaun yang berbeza mengikut kelayakan dan kategori seperti berikut :
- PENERIMA SEDIA ADA (MISKIN & MISKIN TEGAR) :
KATEGORI PENERIMA SEDIA ADA | KADAR AMAUN |
---|---|
ISI RUMAH | RM100 / RM200 setiap bulan sehingga RM2,100 setahun |
WARGA EMAS | RM100 / RM150 setiap bulan sehingga RM1,650 setahun |
BUJANG | RM50 setiap bulan sehingga RM600 setahun |
- PENERIMA BAHARU (ASAS BUKAN MISKIN) :
KATEGORI PENERIMA BAHARU | KADAR AMAUN |
---|---|
ISI RUMAH | RM100 setiap bulan sehingga RM900 setahun |
WARGA EMAS | RM50 setiap bulan sehingga RM450 setahun |
SENARAI BANTUAN BARANG DAPUR 2025
Berikut merupakan senarai barangan dapur yang boleh dibeli dengan menggunakan Bantuan :
- Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya.
- Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White.
- Telur : Nutriplus / QL eggs / CP.
- Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit.
- Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey.
- Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng.
- Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap.
- Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf.
- Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup.
- Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta.
PANDUAN SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN BARANG DAPUR 2025
Ikuti panduan lengkap cara semakan status kelayakan sebagai penerima Bantuan Barangan Dapur seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘Tiada Rekod Ditemui’.
- Selesai,
Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui, klik pada butang [STATUS_CHECK.GOTOBANTUAN].
- Halaman utama Portal STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
- Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Dalam Proses’.
- Selesai.
CARA PENERIMAAN BANTUAN BARANG DAPUR 2025
Penerimaan Bantuan Barang Dapur bukanlah secara fizikal barangan mahupun secara tunai, namun seperti berikut :
- Kerajaan mengkreditkan bantuan secara tanpa tunai ke dalam MyKad (IC) penerima;
- Penerima perlu mengunjungi kedai atau pasaraya yang terpilih (rujuk Senarai Kedai Terpilih Di Sini);
- Seterusnya, penerima perlu memilih barangan dapur yang terpilih (mengikut label MyKasih di rak tanda harga);
- Di kaunter bayaran, tunjukkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan;
- Juruwang akan mengimbas barangan dapur yang dipilih kategori yang diluluskan;
- Untuk pengesahan bayaran, penerima perlu memasukkan 6-digit nombor PIN MyKad;
- Pembayaran akan disahkan dan resit bayaran akan diberikan.
*Nota : Sekiranya pembelian melebihi baki dalam Mykad atau selain daripada senarai barangan di atas, penerima perlu membayarnya secara tunai.
TEMPOH PENERIMAAN BANTUAN BARANG DAPUR 2025
Tempoh pengkreditan Bantuan dalam MyKad penerima untuk pembelian barangan dapur adalah selama tempoh berikut :
KELAYAKAN PENERIMA | TEMPOH PENERIMAAN |
---|---|
PENERIMA SEDIA ADA (Miskin dan Miskin Tegar) | Selama 12 bulan (Januari hingga Disember 2025) |
PENERIMA BAHARU (Asas Bukan Miskin) | Selama 9 bulan (April hingga Disember 2025) |
*Nota : Penerima sedia ada telah mula menerima pengkreditan yang pertama (1) pada 15 Januari 2025 yang lalu dan untuk pengkreditan yang seterusnya, pihak kerajaan akan memaklumkannya dari semasa ke semasa.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan MyKASIH, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.