Bantuan Dalam IC 2025 adalah program kerajaan yang memanfaatkan MyKad sebagai alat pembayaran tanpa tunai. Program ini membolehkan penerima membeli barangan keperluan di kedai berdaftar tanpa memerlukan wang fizikal. Bantuan disediakan dalam jumlah RM1200, RM900, atau RM600, bergantung kepada kelayakan individu.
Ingin tahu cara semak senarai penerima Bantuan Dalam IC 2025? Ikuti panduan lengkap dan maklumat terkini di sini!
BACA JUGA : STR 2025 CEK STATUS : (FASA 1) CHECK LAYAK ATAU TIDAK
APA ITU BANTUAN DALAM IC
Bantuan melalui Kad Pengenalan (MyKad) adalah inisiatif Sumbangan Asas Rahmah (SARA), dimana bantuan ini disalurkan secara bulanan, tanpa tunai ke dalam MyKad penerima khusus untuk pembelian barangan keperluan asas. Bagi melayakkan diri untuk menerima bantuan ini, individu perlu memohon STR (dan lulus sebagai penerima bantuan) atau mendaftar dalam sistem eKasih bagi kategori Miskin atau Miskin Tegar.
KATEGORI KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN
Penerima bantuan yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan (SARA) :
- Warganegara Malaysia;
- Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan;
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025; ATAU
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.
CARA SEMAK SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN DALAM IC 2025
Semakan penerima bantuan boleh disemak melalui dua kaedah seperti berikut:
- Portal Rasmi STR
- Kategori penerima STR 2025, BUKAN eKasih
- Portal Rasmi MyKasih
- Kategori Miskin/Miskin Tegar eKasih
Panduan Lengkap Semakan Penerima Bantuan di portal MySTR seperti berikut:
- Klik log masuk MySTR :
https://bantuantunai.hasil.gov.my - Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Semakan Status
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Semakan Permohonan
- Maklumat Pembayaran
- Status kelayakan dan penerima yang lulus akan dipapar.
- Selesai.
Panduan Lengkap Semakan Penerima Bantuan di portal MyKasih seperti berikut:
- Klik log masuk MyKasih :
https://www.mykasih.com.my/ - Halaman utama MyKasih akan dipaparkan.
- Kemudian, tekan [Semak Status].
pada bahagian “Semakan pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)” - Bahagian semakan akan dipaparkan.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Klik Semakan Status.
- Status kelayakan dan penerima yang lulus akan dipapar.
- Selesai.
CONTOH BARANGAN KEPERLUAN ASAS
Penerima boleh membeli barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan, dan berlabel MYKASIH seperti beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.
TARIKH PENYALURAN BANTUAN DALAM IC
Pengagihan bantuan bagi setiap kategori penerima adalah berbeza, dan seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | TARIKH PENGAGIHAN BANTUAN |
---|---|
Berstatus Miskin & Miskin Tegar eKasih | Bermula Januari 2025 *Tarikh adalah tertakluk kepada pindaan semasa |
Penerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 (BUKAN eKasih) | Bermula April 2025 *Tarikh adalah tertakluk kepada pindaan semasa |
JUMLAH BANTUAN BULANAN
Kadar bantuan yang adalah mengikut kategori seperti di bawah:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) (BERSTATUS MISKIN & MISKIN TEGAR eKasih) | KADAR BANTUAN (RM) (PENERIMA STR 2025 – BUKAN eKasih) |
---|---|---|
Isi rumah (Ketua Keluarga) | RM 1200 (RM100 sebulan) | RM 900 (RM 100 sebulan) |
Warga emas tiada pasangan/Bujang (60 tahun keatas) | RM 1200 (RM100 sebulan) | RM 450 (RM 50 sebulan) |
Bujang (21 sehingga 59 tahun) | RM 600 (RM50 sebulan) | – |
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan MYKASIH, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SARA2024_Final19012024_BM.pdf_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf