Bantuan Dalam MyKad 2025 Fasa 2: Semakan Kelayakan Penerima (RM50 & RM100)

Bantuan Dalam MyKad 2025 Fasa 2: Semakan Kelayakan Penerima (RM50 & RM100)

Bantuan tanpa tunai terus menjadi pilihan, dan kerajaan meneruskan Bantuan Dalam MyKad 2025 Fasa 2 bagi memudahkan penerima membeli barangan keperluan asas MyKasih. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke MyKad dengan jumlah RM50 atau RM100, bergantung kepada kelayakan penerima.

Bagaimanakah cara untuk menyemak status kelayakan penerima Bantuan Dalam MyKad 2025 Fasa 2? Ikuti panduan lengkap di sini.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BANTUAN DALAM MYKAD 2025 FASA 2

BACA JUGA : https://semakanstr.my/e-wallet-200-2025/

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD FASA 2

Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA dalam MyKad:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025;
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.

SEMAK STATUS PENERIMA DALAM MYKAD SECARA ONLINE DI PORTAL MYKASIH

Semakan bantuan boleh dilakukan seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  3. Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
  4. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  5. Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Klik [Semak Status].
  7. Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
  8. Selesai.

TEMPOH PEMBAYARAN BANTUAN DALAM MYKAD PENERIMA

Pengagihan bantuan SARA akan diagihkan mengikut bulan seperti berikut:

KATEGORI PENERIMABULAN PENYALURAN BAYARAN
Penerima Bantuan STR
&
BERSTATUS Miskin dan Miskin eKasih)
Bermula Bulan JANUARI sehingga Bulan DISEMBER
(Selama 12 Bulan)
Penerima Bantuan STR SAHAJA
(BUKAN berstatus eKasih)
Bermula Bulan APRIL sehingga Bulan DISEMBER
(Selama 9 Bulan)

TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN DALAM MYKAD PENERIMA FASA 2 2025

Pengagihan bantuan SARA akan diagihkan seperti berikut:

FASA/BULANTARIKH PEMBAYARAN
FASA 2
(BULAN FEBRUARI)
Penyaluran bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih Bulan Februari (FASA 2) masih belum dilaksanakan.

Tarikh pembayaran akan dimaklumkan dan dikemas kini dari semasa ke semasa sebaik sahaja ia diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan.

JUMLAH BANTUAN DALAM MYKAD FASA 2 2025 (FEBRUARI)

Penyaluran bantuan SARA MyKasih Bulan Februari (FASA 2) HANYA akan disalurkan kepada kategori Penerima STR BERSTATUS Miskin dan Miskin eKasih. Manakala, kategori penerima STR BUKAN Miskin dan Miskin eKasih akan disalurkan bermula April 2025.

KATEGORI PENERIMA STR
&
(BERSTATUS eKasih)
AMAUN AGIHAN BULAN FEBRUARI (FASA 2)

(RM)
Isi rumah
(Ketua Keluarga)
RM 100
Warga emas tiada pasangan
(Setiap Individu)
RM 100
Bujang
(Setiap Individu)
RM 50

CARA PEMBELIAN BARANG KEPERLUAN ASAS MENGGUNAKAN MYKAD

Pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit adalah seperti berikut:

  1. Pilih Barangan Keperluan
    Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  2. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
    Juruwang akan menyemak status MyKad penerima bantuan.
  3. Imbas Kod Barangan
    Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  4. Bayar Menggunakan MyKad
    Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  5. Simpan Resit Untuk Semakan
    Penerima bantuan hendaklah menyimpan resit untuk tujuan semakan transaksi pembelian

Sekiranya pembelian melebihi baki dalam Mykad atau selain daripada senarai barangan di atas, penerima perlu membayarnya secara tunai.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara