Bantuan Dalam MyKad RM2100 Tahun 2025 telah diumumkan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Bantuan SARA ini akan diteruskan dengan peningkatan jumlah kepada RM2,100, berbanding RM1,200 tahun sebelumnya. Ia akan dikreditkan terus ke dalam MyKad penerima, memberikan kemudahan tambahan kepada rakyat yang layak.
Ingin mengetahui cara semakan status kelayakan untuk Bantuan MyKad RM2100? Baca panduan lengkap dan maklumat penting di bawah.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/str-login/
JADUAL KREDIT BANTUAN DALAM MYKAD RM2100 2025
Pengkreditan Bantuan Dalam MyKad yang bernilai RM2,100 adalah secara ansur mengikut jadual seperti berikut :
BIL. | TARIKH KREDIT BANTUAN DALAM MYKAD | JUMLAH DIKREDITKAN |
---|---|---|
1. | 15 Januari 2025 | RM100 |
2. | Februari 2025 | RM100 |
3. | Mac 2025 | RM100 |
4. | April 2025 | RM200 |
5. | Mei 2025 | RM200 |
6. | Jun 2025 | RM200 |
7. | Julai 2025 | RM200 |
8. | Ogos 2025 | RM200 |
9. | September 2025 | RM200 |
10. | Oktober 2025 | RM200 |
11. | November 2025 | RM200 |
12. | Disember 2025 | RM200 |
KRITERIA PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD RM2100 2025
Pengkreditan Bantuan Dalam MyKad bernilai RM2,100 adalah khas kepada yang menepati kriteria kelayakan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Isi Rumah berpasangan (ada atau tiada anak); atau
- Isi Rumah Tunggal (ada anak);
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD RM2100 2025
Ikuti panduan lengkap cara semakan status penerima Bantuan Dalam MyKad bernilai RM2,100 seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi MyKasih; atau klik pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
SENARAI KEGUNAAN BANTUAN DALAM MYKAD 2025
Penerima yang layak boleh menggunakan Bantuan Dalam MyKad untuk pembelian barangan keperluan asas seperti berikut :
- Beras.
- Roti.
- Telur.
- Minyak masak.
- Tepung.
- Biskut.
- Mi segera.
- Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe).
- Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang).
- Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
- Produk kebersihan (Contoh : Ubat gigi, Sabun cecair mandian, Tuala wanita).
- Ubat-ubatan (Contoh : Panadol, Ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM).
- Barangan persekolahan (Contoh : Pakaian seragam sekolah, Kasut, Beg sekolah, Alat tulis).
SENARAI KEDAI MENERIMA BAYARAN BANTUAN DALAM MYKAD 2025
Terdapat lebih 1,200 kedai dan pasaraya terpilih yang menerima bayaran Bantuan Dalam MyKad, antaranya ialah :
- Mydin;
- Giant;
- Econsave;
- The Store;
- Pacific;
- TL Mart;
- Milimewa;
- 99 Speedmart;
- Lotus Stores (Tesco);
- Lulu Supermarket.
*Serta pasar raya dan pasar mini bebas yang berhampiran / rujuk di sini : https://app.mykasih.net/sara2/merchant-list.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih (SARA). Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.