Bantuan Duit Dalam MyKad 2025 adalah inisiatif kerajaan yang memanfaatkan teknologi Touch ‘n Go (TnG) dalam MyKad. Sistem ini membolehkan rakyat Malaysia melakukan transaksi tanpa tunai seperti pembayaran tol, pengangkutan awam, dan menerima bantuan kewangan untuk pembelian keperluan asas setiap bulan.
Bagaimana cara semakan status Bantuan Duit Dalam MyKad? Ketahui syarat kelayakan dan panduan semakan di sini.
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : Bantuan Madani 2025
JUMLAH BANTUAN DUIT DALAM MYKAD 2025
- KATEGORI ISI RUMAH :
KELAYAKAN ISI RUMAH | JANUARI – MAC | APRIL – DISEMBER |
---|---|---|
Isi Rumah Miskin & Miskin Tegar | RM100 sebulan | RM200 sebulan |
Isi Rumah Asas Bukan Miskin | – | RM100 sebulan |
- KATEGORI WARGA EMAS :
KELAYAKANWARGA EMAS | JANUARI – MAC | APRIL – DISEMBER |
---|---|---|
Warga Emas Miskin & Miskin Tegar | RM100 sebulan | RM150 sebulan |
Warga Emas Asas Bukan Miskin | – | RM50 sebulan |
- KATEGORI BUJANG :
KELAYAKAN BUJANG | JANUARI – MAC | APRIL – DISEMBER |
---|---|---|
Bujang Miskin & Miskin Tegar | RM50 sebulan | RM50 sebulan |
Bujang Asas Bukan Miskin | – | – |
JADUAL KREDIT BANTUAN DALAM MYKAD 2025
Kerajaan telah mula mengkreditkan Bantuan Dalam MyKad seperti jadual berikut :
PENERIMA MISKIN & MISKIN TEGAR | PENERIMA ASAS BUKAN MISKIN |
---|---|
15/01/2025 (Rabu) 01/02/2025 (Sabtu) 01/03/2025 (Sabtu) 01/04/2025 (Selasa) 01/05/2025 (Khamis) 01/06/2025 (Ahad) 01/07/2025 (Selasa) 01/08/2025 (Jumaat) 01/09/2025 (Isnin) 01/10/2025 (Rabu) 01/11/2025 (Sabtu) 01/12/2025 (Isnin) | 01/04/2025 (Selasa) 01/05/2025 (Khamis) 01/06/2025 (Ahad) 01/07/2025 (Selasa) 01/08/2025 (Jumaat) 01/09/2025 (Isnin) 01/10/2025 (Rabu) 01/11/2025 (Sabtu) 01/12/2025 (Isnin) |
SEMAK STATUS KELAYAKAN SEBAGAI PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD 2025
Ketahui status kelayakan anda sebagai penerima Bantuan Dalam MyKad melalui semakan berikut :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
*Nota : Sekiranya anda disahkan ‘Layak’ anda boleh membuat semakan duit dalam MyKad (panduan di bawah).
CARA SEMAK BANTUAN DUIT DALAM MYKAD 2025
Untuk mengetahui di dalam MyKad anda mempunyai duit Bantuan Sara atau tidak, semakan boleh dilakukan dengan menggunakan MyKad melalui tiga (3) capaian berikut :
- Aplikasi Touch ‘n Go eWallet; atau
- Mesin Kiosk Touch ‘n Go; atau
- Di Stesen Minyak / Kedai Serbaneka yang mempunyai Mesin Tambah Nilai.
PANDUAN SEMAK BANTUAN DUIT DALAM MYKAD 2025
Berikut merupakan panduan cara semakan duit Dalam MyKad :
- Semakan Melalui Aplikasi Touch ‘n Go eWallet :
- Muat turun aplikasi Touch ‘n Go eWallet.
- Bagi yang telah mempunyai aplikasi dan akaun, buka aplikasi tersebut.
- Klik pada ikon [TNG Card].
- Kemudian, pilih butang [Add New Card].
- Masukkan 12 digit nombor kad pengenalan (MyKad).
- Masukkan juga nama pengguna dengan penuh.
- Klik pada butang [Submit].
- Status duit dalam MyKad akan dipaparkan.
- Selesai.
- Semakan Melalui Mesin Kiosk Touch ‘n Go :
- Kunjungi kiosk TnG yang tersedia di lokasi seperti pusat membeli-belah dan stesen pengangkutan awam.
- Letakkan kad pengenalan (MyKad) bahagian depan pada pengimbas di kiosk.
- Baki duit dalam MyKad akan dipaparkan.
- Selesai.
- Semakan Melalui Mesin Tambah Nilai di Stesen Minyak / Kedai Serbaneka :
- Kunjungi Stesen Minyak / Kedai Serbaneka yang menyediakan mesin tambah nilai Touch ‘n Go.
- Berikan MyKad kepada juruwang untuk imbasan baki dalam MyKad.
- Selesai.
CARA MENGGUNAKAN BANTUAN DALAM MYKAD 2025
Individu yang disahkan layak boleh menggunakan Bantuan Dalam MyKad untuk pembelian barangan keperluan asas seperti berikut :
- Penerima perlu mengunjungi kedai atau pasaraya yang terpilih (rujuk senarai kedai di sini : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list).
- Pilih barangan keperluan asas yang mempunyai label SARA MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjukkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih mengikut label yang diluluskan.
- Penerima perlu memasukkan 6-digit nombor PIN MyKad untuk pengesahan bayaran.
- Bayaran akan disahkan dan resit baki akan diberikan.
*Catatan : Penerima perlu membuat pembelian mengikut label SARA MyKasih dan tidak melebihi baki duit semasa dalam MyKad.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.