Bantuan eKasih 2025: Semakan Status Kelayakan & Jumlah Bantuan

Mulai 2025, pemberian Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada kategori isi rumah miskin eKasih telah ditingkatkan kepada RM2,100, dengan pengkreditan sehingga RM200 sebulan terus ke MyKad penerima bermula April 2025. Inisiatif ini bertujuan membantu golongan miskin menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat.

Bagaimana cara semakan Bantuan eKasih 2025? Ikuti panduan lengkap semakan dan info lanjut di bawah.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : MyKasih Semakan Status 2025: Semak Kelayakan Penerima RM600, RM900 & RM1200

APA ITU SISTEM EKASIH

Sistem eKasih merupakan Pengkalan Data Keluarga Miskin dimana data tersebut akan digunakan oleh kementerian atau agensi untuk memberi bantuan melalui program-program pembasmian kemiskinan kepada individu yang layak (pendaftar eKasih).

Melalui pendaftaran sistem ini juga membolehkan individu yang layak untuk menerima pelbagai jenis bantuan kerajaan seperti Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SARA KATEGORI EKASIH 2025

Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA kategori eKasih:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025; DAN
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.

PORTAL RASMI SEMAKAN STATUS SARA EKASIH ONLINE

Semakan bantuan boleh dilakukan melalui dua (2) kaedah seperti berikut:

PORTAL SEMAKANPAUTAN
Portal Rasmi MyKasihhttps://www.mykasih.com.my/

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN SARA EKASIH 2025

Jika anda merupakan PENERIMA STR & BERSTATUS EKASIH, semakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih Di Pautan : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  3. Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
  4. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  5. Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Klik [Semak Status].
  7. Status kelayakan penerima dan maklumat pembayaran akan dipapar :
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
  8. Selesai.

CARA PEMBAYARAN BANTUAN SARA EKASIH 2025

Penyaluran bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2025 seperti berikut:

NEGERI PENERIMAKAEDAH PENYALURAN
Penerima daripada Seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan W.P. LabuanPengagihan secara TANPA TUNAI kedalam MyKad (IC) penerima, dan penerima boleh membeli barangan keperluan asas seperti makanan asas, barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan di pasaraya yang terpilih dengan menggunakan MyKad.

JADUAL PEMBAYARAN BANTUAN SARA KATEGORI EKASIH 2025

Pengagihan bantuan SARA seperti berikut:

KATEGORI PENERIMATEMPOH PEMBAYARAN
Penerima Bantuan STR
&
BERSTATUS Miskin dan Miskin eKasih)
Bayaran akan disalurkan SETIAP BULAN
Bermula Bulan JANUARI sehingga Bulan DISEMBER

(Selama 12 Bulan)

JUMLAH PEMBAYARAN BANTUAN SARA KATEGORI EKASIH 2025

Kadar bantuan yang akan diterima oleh penerima seperti berikut:

  • Kategori Penerima STR & BERSTATUS Miskin/Miskin Tegar eKasih
KATEGORI PENERIMA STR
&
(BERSTATUS eKasih)
AMAUN AGIHAN BULANAN
(RM)

JANUARI – MAC
AMAUN AGIHAN BULANAN
(RM)

APRIL – DISEMBER
JUMLAH KELAYAKAN KESELURUHAN (RM)
Isi rumah
(Ketua Keluarga)
RM100
sebulan
RM 200
sebulan
RM 2,100
Warga emas tiada pasangan
(Setiap Individu)
RM100
sebulan
RM 150
sebulan
RM 1,650
Bujang
(Setiap Individu)
RM50
sebulan
RM 50
sebulan
RM 600

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara