Kerajaan Madani, di bawah kepimpinan YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, telah mengumumkan Bantuan Kewangan Madani 2025 dengan peruntukan sehingga RM13 bilion—jumlah tertinggi dalam sejarah. Inisiatif ini bertujuan membantu lebih ramai rakyat Malaysia yang memerlukan sokongan kewangan.
Bagaimanakah cara semakan status kelayakan penerima Bantuan Madani 2025? Ikuti panduan lengkap di bawah.
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : Semakan MyKasih 2025: Check Status Kelayakan & Cara Tebus
SENARAI BANTUAN MADANI 2025
Berikut merupakan antara senarai Bantuan Madani yang disalurkan sepanjang tahun ini :
- Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :
- Merupakan pemberian bantuan tunai oleh Kerajaan Madani khas untuk 9 juta rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40).
- Sumbangan Asas Rahmah (SARA) :
- Merupakan pemberian bantuan tambahan oleh Kerajaan Madani khas untuk 5.4 juta rakyat Malaysia yang juga merupakan penerima STR.
KADAR PENYALURAN BANTUAN MADANI 2025
Setiap penerima akan menerima Bantuan Madani (STR dan SARA) mengikut kadar seperti berikut :
- Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN DISALURKAN 2025 |
---|---|
Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 | Tiada anak : RM1,000 1 – 2 anak : RM1,500 3 – 4 anak : RM2,000 5 ke atas : RM2,500 |
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000 | Tiada anak : RM500 1 – 2 anak : RM750 3 – 4 anak : RM1,000 5 ke atas : RM1,250 |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM600 |
Bujang | RM600 |
- Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) :
PENERIMA SARA BERDAFTAR DENGAN E-KASIH | PENERIMA SARA BUKAN BERDAFTAR E-KASIH |
---|---|
Isi Rumah : RM2,100 | Isi Rumah : RM900 |
Warga Emas : RM1,650 | Warga Emas : RM450 |
Bujang : RM600 | Bujang : – |
JADUAL PENYALURAN BANTUAN MADANI 2025
Penyaluran Bantuan Madani (STR dan SARA) adalah dijadualkan seperti berikut :
JENIS BANTUAN MADANI | TARIKH PENYALURAN 2025 |
---|---|
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) | Disalurkan secara berfasa : Fasa1 : 22 – 28 Januari 2025 Fasa 2 : Mulai 3 April 2025 Fasa3 : Belum diketahui Fasa 4 : Belum diketahui |
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) | Disalurkan setiap bulan : 15 Januari 2025 hingga 1 Disember 2025 (Penerima Berdaftar e-Kasih) 1 April 2025 hingga 1 Disember 2025 (Penerima Bukan e-Kasih) |
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MADANI 2025
- Panduan Semakan Status Kelayakan Penerima Bantuan Madani STR :
- Sila layari laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 2 akan dipaparkan.
- Selesai.
- Paduan Semakan Status Kelayakan Penerima Bantuan Madani SARA :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR & SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR & SARA MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel STR : [email protected]
- E-mel SARA : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf & https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SUMBANGAN%20ASAS%20RAHMAH%20(SARA)%202025.pdf.