Untuk memastikan bantuan diagihkan dengan cekap, telus, dan selamat, kerajaan telah memperkenalkan Bantuan MyKad 2025 Tambahan. Inisiatif ini membolehkan penerima bantuan menerima sumbangan tanpa tunai melalui MyKad (kad pengenalan), dengan jumlah bantuan yang ditawarkan sehingga RM2,100, RM900, dan RM600, bergantung kepada kelayakan penerima.
Bagaimanakah cara untuk cek status kelayakan penerima Bantuan MyKad 2025 Tambahan? Ikuti panduan lengkap dan maklumat lebih lanjut di bawah.
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/semakan-sara-2025/
PENERIMA BANTUAN MYKAD 2025 TAMBAHAN
Terdapat pertambahan jumlah penerima yang akan menerima Bantuan MyKad pada tahun 2025 iaitu :
KELAYAKAN PENERIMA | JUMLAH PENERIMA |
---|---|
Penerima Sedia Ada (Miskin & Miskin Tegar) | 0.7 juta penerima |
Penerima Baharu (Asas Bukan Miskin) | 4.7 juta penerima |
*Menjadikan keseluruhan penerima Bantuan MyKad pada tahun 2025 adalah seramai 5.4 juta penerima merangkumi golongan isi rumah, warga emas dan bujang.
KADAR AMAUN BANTUAN MYKAD TAMBAHAN
Berikut merupakan kadar amaun Bantuan MyKad yang dikreditkan kepada setiap kategori mengikut kelayakan :
KELAYAKAN PENERIMA | KADAR AMAUN BANTUAN MYKAD 2024 | KADAR AMAUN BANTUAN MYKAD 2025 |
---|---|---|
Penerima Sedia Ada (Miskin & Miskin Tegar) | Isi Rumah : RM1,200 Warga Emas : RM1,200 Bujang : RM600 | Isi Rumah : RM2,100 Warga Emas : RM1,650 Bujang : RM600 |
Penerima Baharu (Asas Bukan Miskin) | – | Isi Rumah : RM900 Warga Emas : RM450 Bujang : Tiada |
*Nota : Bantuan MyKad bukanlah dikreditkan sekaligus. Namun, kerajaan akan mengkreditkan secara ansur setiap bulan dengan kadar RM50, RM100, RM150 dan RM200 (bergantung kelayakan penerima).
JADUAL KREDIT BANTUAN MYKAD 2025
Pengkreditan Bantuan MyKad adalah dijadualkan seperti berikut :
PENERIMA SEDIA ADA MISKIN & MISKIN TEGAR | PENERIMA BAHARU ASAS BUKAN MIKSIN |
---|---|
15 Januari 2025 | – |
Februari 2025 | – |
Mac 2025 | – |
April 2025 | April 2025 |
Mei 2025 | Mei 2025 |
Jun 2025 | Jun 2025 |
Julai 2025 | Julai 2025 |
Ogos 2025 | Ogos 2025 |
September 2025 | September 2025 |
Oktober 2025 | Oktober 2025 |
November 2025 | November 2025 |
Disember 2025 | Disember 2025 |
KEGUNAAN BANTUAN MYKAD 2025
Penerima yang layak menerima Bantuan MyKad boleh menggunakannya untuk pembelian barangan keperluan asas seperti berikut :
- Beras.
- Roti.
- Telur.
- Minyak masak.
- Tepung.
- Biskut.
- Mi segera.
- Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe).
- Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang).
- Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
- Produk kebersihan (Contoh : Ubat gigi, Sabun cecair mandian, Tuala wanita).
- Ubat-ubatan (Contoh : Panadol, Ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM).
- Barangan persekolahan (Contoh : Pakaian seragam sekolah, Kasut, Beg sekolah, Alat tulis).
*Nota : Sekiranya pembelian melebihi baki dalam Mykad atau selain daripada senarai barangan di atas, penerima perlu membayarnya secara tunai.
CEK STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYKAD TAMBAHAN
Terdapat dua (2) Portal Rasmi yang boleh diakses untuk cek status kelayakan Bantuan MyKad, iaitu :
- Portal Rasmi MyKasih; dan
- Portal Rasmi STR.
Ikuti panduan cek status kelayakan penerima Bantuan MyKad di kedua-dua Portal Rasmi berikut :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Selesai.
Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Halaman utama Portal Rasmi STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
- Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan MyKASIH, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.