Bantuan MyKad Madani 2025: Tarikh Masuk & Cara Semakan Status
Bantuan MyKad Madani diteruskan sebagai langkah untuk membantu golongan yang memerlukan memenuhi keperluan asas mereka. Bantuan ini diberikan secara tanpa tunai (cashless) melalui MyKad penerima, yang membolehkan pembelian barangan keperluan asas di kedai terpilih.
Bilakah Tarikh Masuk Bantuan MyKad Madani 2025?
Tarikh masuk dan semakan kelayakan boleh diperiksa bagi memastikan anda layak menerima RM100 atau RM50 setiap bulan. Untuk maklumat penuh dan cara semakan status secara online, rujuk panduan di sini.
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.
BACA JUGA : https://semakanstr.my/bantuan-str-2025/
APA ITU BANTUAN MYKAD MADANI 2025
Bantuan MyKad ialah bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di bawah Program MyKasih, di mana wang bantuan disalurkan ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima untuk pembelian barangan keperluan asas berlabel MyKasih. Penerima akan menggunakan MyKad sebagai alat pembayaran bagi pembelian barangan tersebut.
Untuk melayakkan individu menerima bantuan ini, individu mestilah merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) (berstatus eKasih dan bukan eKasih). Ini kerana bantuan ini merupakan lanjutan serta tambahan kepada penerima bantuan STR.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MYKAD MADANI 2025
Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan dalam MyKad:
- Warganegara Malaysia;
- Menetap di mana-mana negeri di Semenanjung Malaysia;
- Pendapatan tidak melebihi RM5,000 sebulan;
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; ATAU
- Berstatus Kategori Miskin dan Miskin Tegar dalam pangkalan data e-Kasih.
SEMAKAN STATUS BANTUAN MYKAD MADANI 2025
Semakan bantuan boleh dilakukan melalui dua kaedah seperti berikut:
- Portal Rasmi MyKasih
- Portal Rasmi MySTR
Panduan Lengkap Semakan Bantuan Melalui Portal MyKasih:
- Klik log masuk MyKasih :
https://www.mykasih.com.my/ - Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
- Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik [Semak Status].
- Status ‘Bayaran Bantuan Tambahan’ (SARA) ‘LAYAK’ atau ‘TIDAK’ akan dipaparkan.
- Selesai.
Panduan Lengkap Semakan Bantuan Melalui Portal MySTR:
- Klik log masuk MySTR :
https://bantuantunai.hasil.gov.my - Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Semakan Status
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Semakan Permohonan
- Maklumat Pembayaran
- Status ‘Bayaran Bantuan Tambahan’ (SARA) ‘LAYAK’ atau ‘TIDAK’ akan dipaparkan.
- Selesai.
TARIKH MASUK DAN TEMPOH PENGAGIHAN BANTUAN MYKAD MADANI 2025
Pengagihan bantuan SARA seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | TARIKH BAYARAN | TEMPOH PENGAGIHAN |
---|---|---|
Penerima Berstatus/Berdaftar Miskin dan Miskin eKasih | Bermula Januari 2025 *Tarikh adalah tertakluk kepada pindaan semasa | Selama 12 Bulan |
Penerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 (BUKAN eKasih) | Bermula April 2025 *Tarikh adalah tertakluk kepada pindaan semasa | Selama 9 Bulan |
JUMLAH MASUK BANTUAN MYKAD MADANI 2025
Kadar bayaran SARA 2025 yang akan diterima oleh penerima seperti berikut:
- Kategori Penerima (BERDAFTAR eKasih)
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi rumah | RM 1200 (RM100 sebulan) |
Warga emas tiada pasangan | RM 1200 (RM100 sebulan) |
Bujang | RM 600 (RM50 sebulan) |
- Kategori Penerima STR (BUKAN eKasih)
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi rumah | RM 900 (RM100 sebulan) |
Warga emas tiada pasangan | RM 450 (RM50 sebulan) |
Bujang | – |
CARA PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS MENGGUNAKAN MYKAD
Pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit adalah seperti berikut:
- Pilih Barangan Keperluan
Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga. - Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
Juruwang akan menyemak status MyKad penerima bantuan. - Imbas Kod Barangan
Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan. - Bayar Menggunakan MyKad
Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian. - Simpan Resit Untuk Semakan
Penerima bantuan hendaklah menyimpan resit untuk tujuan semakan transaksi pembelian
*Nota : Sekiranya pembelian melebihi baki dalam Mykad atau selain daripada senarai barangan di atas, penerima perlu membayarnya secara tunai.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SARA2024_Final19012024_BM.pdf