BANTUAN MYKAD RM200 SEBULAN 2025: SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA
Terkini! Bantuan tanpa tunai (cashless) RM200 sebulan melalui MyKad diteruskan pada tahun 2025. Seramai 700,000 penerima layak menerima bantuan bagi Fasa Januari 2025, yang boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas di pasar raya terpilih di seluruh Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak.
Bagaimana cara menyemak status kelayakan bantuan MyKad RM200? Semak panduan lengkap dan langkah semakan di bawah.
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/str-fasa-1-2025/
APA ITU BANTUAN DALAM MYKAD
Bantuan dalam MyKad atau IC telah diperkenalkan sejak tahun 2023. Namun, pada tahun 2025, inisiatif ini telah ditambah baik dimana semua penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 turut layak menerima bantuan tanpa tunai dalam MyKad secara bulanan untuk pembelian barangan keperluan asas di Pasaraya terpilih. Berbanding tahun sebelum ini, hanya golongan yang berstatus miskin dan miskin eKasih sahaja yang layak menerima bantuan ini.
SYARAT LULUS BANTUAN MYKAD RM200 SEBULAN
Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025; DAN
- Berstatus kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih.
Catatan: Individu yang memenuhi syarat dan kategori kelayakan di atas akan secara lansung layak menerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih.
KAEDAH PENYALURAN BANTUAN MYKAD RM200 SEBULAN
Penyaluran bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2025 seperti berikut:
NEGERI PENERIMA | KAEDAH PENYALURAN |
---|---|
Penerima daripada Semenanjung Malaysia & Penerima daripada Negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan | Pengagihan secara TANPA TUNAI kedalam MyKad (IC) penerima, dan penerima boleh membeli barangan keperluan asas di pasaraya yang terpilih dengan menggunakan MyKad. |
JUMLAH BANTUAN SEBULAN DALAM MYKAD
Kadar bantuan yang akan diterima oleh penerima seperti berikut:
- Kategori Penerima STR (BERSTATUS Miskin/Miskin Tegar eKasih)
KATEGORI PENERIMA (BERSTATUS eKasih) | AMAUN AGIHAN BULANAN (RM) JANUARI – MAC | AMAUN AGIHAN BULANAN (RM) APRIL – DISEMBER | JUMLAH KELAYAKAN KESELURUHAN (RM) |
---|---|---|---|
Isi rumah (Ketua Keluarga) | RM100 sebulan | RM 200 sebulan | RM 2,100 |
Warga emas tiada pasangan (Setiap Individu) | RM100 sebulan | RM 150 sebulan | RM 1,650 |
Bujang (Setiap Individu) | RM50 sebulan | RM 50 sebulan | RM 600 |
- Kategori Penerima STR (BUKAN eKasih)
KATEGORI PENERIMA (BUKAN eKasih) | AMAUN AGIHAN BULANAN (RM) JANUARI – MAC | AMAUN AGIHAN BULANAN (RM) APRIL – DISEMBER | JUMLAH KELAYAKAN KESELURUHAN (RM) |
---|---|---|---|
Isi rumah (Ketua Keluarga) | – | RM 100 sebulan | RM 900 |
Warga emas tiada pasangan (Setiap Individu) | – | RM 50 sebulan | RM 450 |
Bujang (Setiap Individu) | – | – | – |
TARIKH PENGAGIHAN BANTUAN MYKAD
Pengagihan bantuan SARA seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | TARIKH BAYARAN |
---|---|
Penerima Bantuan STR (BERSTATUS Miskin dan Miskin eKasih) | Bermula 15 Januari – Disember 2025 ( Selama 12 Bulan) |
Penerima Bantuan STR (BUKAN eKasih) | Bermula April – Disember 2025 (Selama 9 Bulan) |
CARA SEMAKAN STATUS BANTUAN MYKAD
Kaedah semakan bantuan boleh dilakukan melalui dua kaedah seperti berikut:
- Di Portal Rasmi MyKasih; ATAU
- Di Portal Rasmi MySTR
Panduan Lengkap Semakan Bantuan Melalui Portal MyKasih:
- Klik log masuk MyKasih :
https://www.mykasih.com.my/ - Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
- Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik [Semak Status].
- Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih] - Selesai.
Panduan Lengkap Semakan Bantuan Melalui Portal MySTR:
- Klik log masuk MySTR :
https://bantuantunai.hasil.gov.my - Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Semakan Status
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Semakan Permohonan
- Maklumat Pembayaran
- Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]. - Selesai.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara