BANTUAN MYKAD TAMBAHAN 2025: SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA (RM2100, RM900 & RM600)

BANTUAN MYKAD TAMBAHAN 2025: SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA (RM2100, RM900 & RM600)

Bantuan tambahan melalui MyKad 2025 memudahkan penerima, termasuk golongan dewasa dan warga emas, untuk menerima bantuan secara tanpa tunai (cashless). Dengan sistem ini, penerima boleh menggunakan bantuan dengan selamat tanpa perlu pengeluaran tunai, membolehkan mereka membeli barangan keperluan asas dengan lebih mudah.

Bagaimana cara menyemak status kelayakan Bantuan MyKad Tambahan 2025? Semak panduan lengkap dan langkah-langkah semakan di bawah.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/str-fasa-1-2025/

PENGENALAN BANTUAN MYKAD 2025

Bantuan yang dikreditkan ke dalam MyKad adalah diperkenalkan di bawah Program MyKasih iaitu Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang bagi menampung kos perbelanjaan barangan keperluan asas rakyat Malaysia khususnya golongan rentan yang mudah terkesan dengan peningkatan kos sara hidup.

JUMLAH KREDIT BANTUAN MYKAD TAMBAHAN

Jumlah Bantuan MyKad yang dikreditkan mengikut kelayakan penerima seperti berikut :

  • Penerima Sedia Ada :
    • Isi Rumah : RM2,100 setahun (RM100 / RM200 sebulan);
    • Warga Emas : RM1,650 setahun (RM100 / RM150 sebulan);
    • Bujang : RM600 setahun (RM50 sebulan).
  • Penerima Baharu (Tambahan) :
    • Isi Rumah : RM900 setahun (RM100 sebulan);
    • Warga Emas : RM450 setahun (RM50 sebulan).

MANFAAT BANTUAN MYKAD TAMBAHAN

Antara manfaat yang dapat daripada Bantuan MyKad adalah :

  1. Bantuan dikreditkan terus ke dalam Mykad penerima secara automatik setiap bulan;
  2. Boleh digunakan di mana-mana 1200 kedai atau pasaraya terpilih seluruh Malaysia;
  3. Khas untuk pembelian barangan keperluan asas mengikut 13 kategori yang diluluskan (rujuk senarai di bawah);
  4. Mudah dan selamat digunakan untuk pembelian secara tanpa tunai (cashless) kerana mempunyai 6-digit nombor PIN yang diketahui oleh pemegang MyKad sahaja;
  5. Had bantuan sehingga RM450, RM600, RM900, RM1650 dan RM2100 setahun (bergantung kelayakan penerima);
  6. Penggunaan Bantuan Dalam MyKad sah sehingga 31 Disember 2025.

KEGUNAAN BANTUAN MYKAD TAMBAHAN

Penerima yang layak boleh menggunakan Bantuan Dalam MyKad untuk pembelian barangan keperluan asas mengikut senarai berikut :

  • Beras.
  • Roti.
  • Telur.
  • Minyak masak.
  • Tepung.
  • Biskut.
  • Mi segera.
  • Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe).
  • Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang).
  • Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
  • Produk kebersihan (Contoh : Ubat gigi, Sabun cecair mandian, Tuala wanita).
  • Ubat-ubatan (Contoh : Panadol, Ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM).
  • Barangan persekolahan (Contoh : Pakaian seragam sekolah, Kasut, Beg sekolah, Alat tulis).

TARIKH KREDIT BANTUAN MYKAD TAMBAHAN 2025

Pengkreditan Bantuan Dalam MyKad kepada penerima sedia ada dan penerima baharu adalah pada tarikh berikut :

  • 15 Januari 2025 (Penerima Sedia Ada).
  • Februari 2025 (Penerima Sedia Ada).
  • Mac 2025 (Penerima Sedia Ada).
  • April 2025 (Penerima Sedia Ada & Baharu).
  • Mei 2025 (Penerima Sedia Ada & Baharu).
  • Jun 2025 (Penerima Sedia Ada & Baharu).
  • Julai 2025 (Penerima Sedia Ada & Baharu).
  • Ogos 2025 (Penerima Sedia Ada & Baharu).
  • September 2025 (Penerima Sedia Ada & Baharu).
  • Oktober 2025 (Penerima Sedia Ada & Baharu).
  • November 2025 (Penerima Sedia Ada & Baharu).
  • Disember 2025 (Penerima Sedia Ada & Baharu).

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYKAD TAMBAHAN 2025

Ikuti panduan semakan status kelayakan sebagai penerima Bantuan MyKad Tambahan seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘Tiada Rekod Ditemui’.
  6. Selesai.

Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui, klik pada butang [Semak Kelayakan].

  1. Halaman utama Portal STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
  2. Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  3. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  4. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  5. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  6. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  7. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  8. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  10. Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
  11. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan MyKASIH, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.