BANTUAN RAYA 2025: SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA (RM300 ONE-OFF)

Kerajaan Terengganu akan menyalurkan Bantuan Raya 2025 secara one-off RM300 kepada rakyat dalam kategori B40 yang layak. Inisiatif ini bertujuan membantu penerima membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri dengan lebih selesa.

Bagaimana cara semakan status kelayakan penerima Bantuan Raya 2025? Semak syarat dan info lengkap di sini!

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BANTUAN RAYA 2025

BACA JUGA : Bantuan Madani 2025

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN BANTUAN RAYA 2025

Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan mestilah terdiri daripada:

  • Warganegara Malaysia;
  • Anak Kelahiran Negeri Terengganu;
  • Beralamat dan Menetap di Terengganu;
  • Berdaftar dalam Sistem Profil Rakyat Terengganu (PRT20);
  • Pengundi berdaftar di Terengganu; dan
  • Ketua Isi Rumah (KIR) – Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM2,500, termasuk gaji pokok dan semua elaun tetap.

KATEGORI YANG TIDAK LAYAK MOHON BANTUAN RAYA

Bagi memastikan Bantuan ini disalurkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan, Kerajaan Negeri Terengganu telah menetapkan beberapa syarat kelayakan yang perlu dipenuhi oleh pemohon.

  • Peniaga Berlesen: Peniaga berlesen tidak layak memohon kecuali pendapatan isi rumah kurang daripada RM2,500 sebulan dan disahkan oleh Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK).
  • Penjawat Awam: Semua penjawat awam dan lantikan kerajaan yang menerima elaun tetap bulanan tidak layak memohon.
  • Pemohon Tanpa Slip Gaji: Pemohon yang tidak mempunyai slip gaji perlu mengemukakan Surat Akuan Pendapatan yang disahkan oleh Penghulu Mukim atau Pengerusi JPKK.

JUMLAH BANTUAN RAYA 2025 ONE OFF

Kadar bantuan yang diberikan adalah mengikut kategori penerima seperti berikut:

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
(ONE-OFF)
Kategori Isi rumahRM 300

TARIKH PERMOHONAN BANTUAN RAYA 2025

Maklumat yang disediakan ini adalah berdasarkan bantuan tahun sebelumnya. Sekiranya bantuan ini diteruskan pada tahun ini, pembaca boleh rujuk maklumat dan panduan yang diberikan, termasuk cara permohonan dan syarat kelayakan, sementara menunggu pengumuman rasmi daripada pihak berwajib.

PERMOHON BANTUAN RAYA 2025

Permohonan Bantuan Raya adalah seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi Bantuan di i-Bantuan Terengganu:
    https://ibantuan.terengganu.gov.my/
  2. Kemudian, klik pada pilihan ‘Daftar’ untuk pendaftaran baharu dan masukkan maklumat peribadi seperti nombor kad pengenalan dan kata laluan pilihan.
  3. Log Masuk Sistem dengan menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan.
  4. Seterusnya, lengkapkan maklumat profil seperti maklumat peribadi, tanggungan, dan pendapatan dengan tepat.
  5. Muat Naik Dokumen Sokongan Permohonan seperti salinan kad pengenalan dan slip gaji atau Surat Akuan Pendapatan.
  6. Semak dan Hantar.
  7. Cetak Salinan dan Simpan salinan permohonan untuk rujukan.
  8. Selesai.

DOKUMEN SOKONGAN PERMOHONAN BANTUAN RAYA

Berikut merupakan dokumen sokongan yang diperlukan untuk proses permohonan bantuan:

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan.
  • Bukti pendapatan (slip gaji atau Surat Akuan Pendapatan).
  • Dokumen tambahan bagi peniaga kecil tanpa slip gaji yang disahkan oleh JPKK.

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA

Status Permohonan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’ boleh disemak seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi Bantuan di i-Bantuan Terengganu:
    https://ibantuan.terengganu.gov.my/
  2. Masukkan [Nombor Kad Pengenalan] dan [Kata Laluan] yang telah didaftar untuk Log Masuk Sistem.
  3. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status] dan [Maklumat Status Penerima] akan dipaparkan.
  4. Selesai.

RUJUKAN

Untuk maklumat lanjut mengenai Bantuan Hari Raya 2025, anda boleh rujuk Laman Rasmi berikut.

  • https://ibantuan.terengganu.gov.my/

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://ibantuan.terengganu.gov.my/