Bantuan RM100 MyKad 2025: Cara Semak & Tarikh Pengkreditan Bantuan Tunai Kerajaan

Bantuan RM100 MyKad 2025: Panduan Lengkap

Pada era kini, penggunaan pembayaran tanpa tunai (cashless) semakin meluas. Untuk menyokong inisiatif ini, kerajaan memperkenalkan Bantuan RM100 MyKad khas untuk kanak-kanak berumur 12 tahun dan penerima berstatus miskin serta miskin tegar. Bantuan ini disalurkan terus ke dalam akaun MyKad sebagai langkah memudahkan rakyat menerima bantuan secara efisien dan selamat.

Bantuan RM100 MyKad

BACA JUGA : Semakan Ekasih 2024: Status Sara Bukan Ekasih (One-Off RM300/RM150)

Apa Itu Bantuan RM100 MyKad?

Bantuan MyKad adalah sebahagian daripada program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang bertujuan menyalurkan bantuan tunai kerajaan dalam bentuk pembayaran tanpa tunai. Bantuan ini membantu rakyat berpendapatan rendah untuk membeli keperluan asas di lebih 600 kedai dan pasaraya di seluruh Malaysia.

Manfaat Bantuan MyKad 2025

Antara manfaat utama Bantuan MyKad adalah:

  • Penggunaan MyKad dilindungi dengan nombor PIN 6-digit yang hanya diketahui pemegang.
  • Membolehkan pembelian barang keperluan asas secara cashless.
  • Sah digunakan di lebih 600 lokasi seluruh Malaysia.
  • Had pembelian RM100 sebulan, dengan baki tidak digunakan akan dibawa ke bulan berikutnya.
  • Jumlah tahunan mencecah sehingga RM900 atau RM1,200, bergantung kepada status penerima.

Kadar Kredit Bantuan MyKad 2025

Bantuan MyKad diberikan kepada penerima mengikut status kelayakan berikut:

Penerima Berstatus Miskin dan Miskin Tegar

  • Isi Rumah: RM100 sebulan (RM1,200 setahun).
  • Warga Emas: RM100 sebulan (RM1,200 setahun).
  • Bujang: RM50 sebulan (RM600 setahun).

Penerima Berstatus Bukan Miskin (Mulai April 2025)

  • Isi Rumah: RM100 sebulan (RM900 setahun).
  • Warga Emas: RM50 sebulan (RM450 setahun).
  • Bujang: Tiada bantuan.

Tarikh Kredit Bantuan MyKad 2025

Kerajaan telah menetapkan jadual pengkreditan bantuan seperti berikut:

  • Berstatus Miskin dan Miskin Tegar: Januari 2025 hingga Disember 2025.
  • Berstatus Bukan Miskin: April 2025 hingga Disember 2025.

Nota: Tarikh pengkreditan rasmi akan diumumkan oleh kerajaan dalam masa terdekat.

Cara Cek Bantuan RM100 MyKad 2025

Berikut adalah langkah mudah untuk menyemak status Bantuan RM100 MyKad:

  1. Layari portal rasmi: bantuantunai.hasil.gov.my.
  2. Klik [TUTUP] pada notifikasi yang dipaparkan.
  3. Masukkan 12 digit nombor MyKad tanpa sengkang.
  4. Klik butang [Log Masuk].
  5. Klik [Semak] untuk pengesahan nombor MyKad.
  6. Masukkan kata laluan berdaftar.
  7. Pergi ke bahagian [Semakan Permohonan].
  8. Klik [Maklumat Bayaran] untuk melihat status bantuan.

Rujukan & Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut boleh dirujuk kepada pihak berwajib:

Kami hanya berkongsi maklumat ini untuk memudahkan capaian orang ramai terhadap program bantuan kerajaan terkini.