Kerajaan Negeri Sabah memperkenalkan Program Sentuhan Kasih Rakyat dengan peruntukan RM358.5 juta untuk membantu golongan miskin dan miskin tegar mendapatkan keperluan asas. Bantuan tunai RM300 sebulan ini bertujuan meringankan beban kewangan penduduk Sabah yang layak.
Bagaimana cara semak kelayakan Bantuan RM300 Sabah 2025? Siapa yang layak menerima bantuan ini? Dapatkan maklumat lengkap dan panduan semakan status terkini di bawah.
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SABAH RM300 SEBULAN 2025
Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan Sabah mestilah terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun ke atas sebelum 31 Disember 2024;
- Beralamat dan bermastautin di negeri Sabah sekurang-kurangnya satu (1) tahun;
- Pemegang Kad Pengenalan berstatus ’H;
- Ketua Isi Rumah (KIR) yang tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam dalam pangkalan data eKasih atau Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS) setakat 31 Disember 2024;
- Ketua Isi Rumah (KIR) belum tersenarai dalam sistem eKasih tetapi pendapatan isi rumah mengikut Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).
KADAR BANTUAN SABAH SEBULAN 2025
Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah menyediakan bantuan tunai sebanyak RM300 sebulan. Bantuan ini akan disalurkan secara berfasa dengan pembayaran sebanyak RM900 bagi setiap satu Fasa (1, 2, 3, 4).
TARIKH PENYALURAN BANTUAN SABAH 2025
Penyaluran Bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah adalah seperti berikut:
- Fasa 1 (Januari – Mac 2025): Pembayaran bermula 19 Februari 2025 (Rabu)
- Fasa 2 (April – Jun 2025): Pembayaran bermula April 2025
- Fasa 3 (Julai – September 2025): Pembayaran bermula September 2025
- Fasa 4 (Oktober – Disember 2025): Pembayaran bermula Oktober 2025
SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN RM300 SEBULAN
Status ‘Layak’ atau ‘Tidak’ Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah boleh disemak seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi semakan kelayakan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 (SYUKUR) : https://sukur.sabah.gov.my/
- Halaman utama Portal Semakan Program Sentuhan Kasih Rakyat akan dipaparkan.
- Klik [Teruskan] pada pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] diruangan yang disediakan
- Kemudian, Klik [Semakan Status].
- Status Kelayakan Penerima akan di paparkan di sini ‘Layak’ atau ‘Tidak’.
- Selesai.
CARA KREDIT BANTUAN SABAH RM300 SEBULAN
Bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah akan disalurkan seperti berikut:
- Penerima yang Mempunyai Bank Akaun:
Pengkreditan terus ke akaun bank penerima mengikut nombor akaun yang didaftarkan; - Tiada Akaun Bank:
Bantuan akan diberikan secara tunai; atau - Mempunyai akaun e-Wallet YONO Superapp:
Bayaran akan dikreditkan dalam e-Wallet YONO Superapp penerima.
RUJUKAN
Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat, anda boleh rujuk saluran berikut:
- Hotlink Program Sentuhan Kasih Rakyat: 088 338 338
- Portal Rasmi Program Sentuhan Kasih Rakyat: https://padans.sabah.gov.my/
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://padans.sabah.gov.my/home/faq