Bantuan Sabah 2025: Semakan Kelayakan & Status Penerima (RM300 Setiap Bulan)

Kerajaan Negeri Sabah telah memperuntukkan sebanyak RM358.5 juta untuk Bantuan Sabah 2025, yang akan disalurkan kepada rakyat Sabah yang layak. Pembayaran bantuan RM300 setiap bulan akan dilakukan secara berperingkat bermula Februari 2025.

Bagaimana cara semak status kelayakan penerima Bantuan Sabah? Ikuti panduan dan maklumat lanjut semakan status di sini!

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BANTUAN SABAH 2025 KELAYAKAN

BACA JUGA : https://semakanstr.my/semakan-sara-2025/

PENGENALAN BANTUAN SABAH 2025

Bantuan Sabah diperkenalkan sebagai Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) yang disalurkan kepada rakyat Sabah bagi setiap bulan untuk membantu meringankan bebanan kewangan serta meningkatkan taraf ekonomi rakyat Sabah.

Hal ini demikian kerana, bilangan isi rumah di bawah miskin tegar di Sabah meliputi 38% atau bersamaan 6,937 daripada jumlah keseluruhan 18,445 isi rumah di Malaysia.

BANTUAN SABAH 2025 SYARAT KELAYAKAN

Pemberian Bantuan Sabah (Program Sentuhan Kasih Rakyat) adalah khas untuk rakyat Sabah yang memenuhi syarat kelayakan berikut :

  • Pendapatan : Ketua isi rumah atau ahli keluarga mestilah tergolong dalam kategori miskin tegar atau miskin.
  • Warganegara : Pemohon mestilah rakyat Malaysia yang bermastautin di Sabah.
  • Umur : Pemohon hendaklah berumur 18 tahun ke atas.
  • Alamat Tetap : Pemohon perlu mempunyai alamat tetap yang berdaftar di Sabah.

SEMAKAN BANTUAN SABAH 2025 KELAYAKAN PENERIMA

Berdasarkan kenyataan Kerajaan Negeri Sabah, pihak Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan bergerak ke semua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk mengesan golongan miskin dan miskin tegar yang layak menerima Bantuan Sabah (Program Sentuhan Kasih Rakyat).

Kemudian, senarai nama yang terkumpul akan diserahkan kepada Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ) yang dipertanggungjawabkan untuk menyelaras pelaksanaan Program Sentuhan Kasih Rakyat kepada rakyat Sabah yang layak.

KADAR BANTUAN SABAH 2025 MENGIKUT KELAYAKAN

Kesemua rakyat Sabah yang memenuhi kelayakan akan menerima Bantuan Sabah (Program Sentuhan Kasih Rakyat) dengan kadar yang sama, iaitu sebanyak :

KELAYAKAN PENERIMAKADAR BANTUAN
YANG DIBERIKAN
Rakyat Sabah Golongan
Miskin dan Miskin Tegar
(Berumur 18 tahun dan ke atas)
RM300 Setiap bulan

MANFAAT BANTUAN SABAH 2025

Berikut merupakan manfaat daripada penyaluran Bantuan Sabah (Program Sentuhan Kasih Rakyat) untuk rakyat Sabah :

  • Meringankan Beban Kewangan
    • Dengan bantuan RM300 sebulan, penerima dapat menggunakannya untuk keperluan asas seperti makanan dan perbelanjaan harian.
  • Meningkatkan Taraf Hidup
    • Bantuan ini dapat membantu keluarga miskin memenuhi keperluan pendidikan dan penjagaan kesihatan anak-anak mereka.
  • Memberi Harapan Kepada Golongan Miskin
    • Bantuan kewangan ini bukan sahaja menyokong dari segi kewangan tetapi juga memberikan harapan kepada golongan miskin untuk membina kehidupan yang lebih baik.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Sabah (SYUKUR), anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.tvsarawak.my/2024/11/15/belanjawan-sabah-2025-bantuan-rm300-sebulan-untuk-golongan-miskin-dan-miskin-tegar/.