Bantuan Sabah RM300 2025: Semak Kelayakan & Status Online (RM300 Sebulan)
Kerajaan Negeri Sabah telah memperkenalkan Program Sentuhan Kasih Rakyat, satu inisiatif khas yang memberikan bantuan bulanan RM300 kepada golongan miskin dan miskin tegar di Sabah. Program ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan rakyat yang memerlukan.
Bagaimana cara semak kelayakan & check status bantuan Sabah RM300 2025? Rujuk panduan lengkap di bawah untuk mengetahui sama ada anda layak menerima bantuan ini.
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/mykasih-semakan/
APAKAH ITU BANTUAN SABAH RM300
Program Sentuhan Kasih Rakyat atau Bantuan Sabah adalah inisiatif bantuan Kerajaan Negeri Sabah yang bertujuan meringankan beban kewangan rakyat dalam menghadapi kenaikan kos sara hidup tertutamanya golongan B40 (miskin dan miskin tegar) dan akan disalurkan khusus untuk warga kelahiran Sabah yang menetap di Sabah.
Menerusi Belanjawan Sabah 2025, sebanyak RM358.5 juta telah diperuntukkan untuk program ini, yang dijangka memberi manfaat kepada 100,000 penerima pada fasa pertama, termasuk ketua isi rumah serta ahli keluarga yang berumur 18 tahun ke atas.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SABAH RM300
Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan Sabah mestilah terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia (Rakyat Sabah);
- Menetap di Negeri Sabah;
- Kategori Miskin dan Miskin Tegar; DAN
- Ketua Isi Rumah dan Ahli Keluarga yang berumur 18 tahun ke atas.
TARIKH PENYALURAN BANTUAN SABAH RM300
Penyaluran Bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah adalah seperti berikut:
BANTUAN | TARIKH PEMBAYARAN |
---|---|
Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (Fasa Pertama) | Pembayaran dijangka bermula pada Februari 2025, dan akan dilaksanakan secara berperingkat. Tarikh rasmi bayaran akan dimaklumkan, dan pihak kami akan kemaskini dari semasa ke semasa sebaik sahaja ia diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan Sabah. |
Dalam fasa pertama, seramai 100,000 penerima akan mendapatkan manfaat bantuan ini.
JUMLAH BANTUAN BULANAN SABAH 2025
Kadar bantuan yang diberikan adalah mengikut kategori seperti di bawah:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Ketua Keluarga Isi Rumah DAN Ahli Keluarga yang berumur 18 tahun ke atas yang Berstatus Miskin dan Miskin Tegar | RM300 (Sebulan) |
SEMAK STATUS KEPUTUSAN BANTUAN SABAH LAYAK ATAU TIDAK
Semakan status dan cara penyaluran bantuan belum diumumkan. Sebarang maklumat terkini akan dikemaskini apabila diumumkan secara rasmi oleh pihak Kerajaan Sabah.
RUJUKAN
Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat, anda boleh rujuk saluran berikut:
- Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sabah: https://sabah.gov.my/
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://www.tvsarawak.my/2024/11/15/belanjawan-sabah-2025-bantuan-rm300-sebulan-untuk-golongan-miskin-dan-miskin-tegar/