Bantuan Sabah RM300 2025: Syarat Kelayakan & Semakan Status Online

Bantuan Sabah RM300 2025: Syarat Kelayakan & Semakan Status Online

Untuk memastikan kebajikan rakyat Sabah terus terpelihara, Kerajaan Negeri Sabah menyediakan pelbagai inisiatif bantuan kewangan, termasuk bantuan RM300 sebulan bagi golongan miskin dan kurang berkemampuan. Inisiatif ini bertujuan membantu penerima menghadapi cabaran peningkatan kos sara hidup.

Apakah syarat kelayakan Bantuan Sabah RM300 2025 dan bagaimana cara membuat semakan status? Ikuti panduan lengkap di bawah untuk maklumat terkini.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/semakan-sara-2025/

APAKAH ITU BANTUAN SABAH RM300

Program Bantuan RM300 Sabah merupakan inisiatif bantuan bulanan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Sabah bagi meringankan beban kewangan Rakyat Sabah yang memerlukan bantuan kewangan terutamanya mereka daripada golongan B40 (miskin dan miskin tegar).

Bantuan ini diberikan setiap bulan kepada isi rumah yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan. Melalui program ini, kerajaan berusaha memastikan kesejahteraan rakyat Sabah terus terpelihara, terutama bagi mereka yang terkesan dengan peningkatan kos sara hidup.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SABAH

Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan Sabah mestilah terdiri daripada :

  • Warganegara Malaysia
  • Anak Kelahiran Negeri Sabah;
  • Menetap di Negeri Sabah;
  • Kategori Miskin dan Miskin Tegar; DAN
  • Ketua Isi Rumah dan Ahli Keluarga yang berumur 18 tahun ke atas.

CEK STATUS KELULUSAN BANTUAN SABAH RM300

Maklumat mengenai semakan status dan kaedah penyaluran bantuan masih belum diumumkan. Sebarang maklumat terkini akan dikemasikini dari masa ke semasa.

TARIKH PELAKSANAAN BANTUAN SABAH RM300

Penyaluran Bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah adalah seperti berikut:

BANTUANTARIKH PEMBAYARAN
Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah
(Bantuan Sabah RM300)
Bantuan Sabah dijangka akan dilaksanakan bermula pada Februari 2025.

Tarikh rasmi bayaran akan dimaklumkan, dan pihak kami akan kemaskini dari semasa ke semasa sebaik sahaja ia diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan Sabah.

KADAR BAYARAN BANTUAN SABAH 2025

Kadar bantuan yang diberikan adalah mengikut kategori seperti di bawah:

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN (RM)
Ketua Keluarga Isi Rumah (KIR)
DAN
Ahli Keluarga yang berumur 18 tahun ke atas yang BERSTATUS Miskin dan Miskin Tegar
RM300
(Sebulan)

RUJUKAN

Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat, anda boleh rujuk saluran berikut:

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://www.tvsarawak.my/2024/11/15/belanjawan-sabah-2025-bantuan-rm300-sebulan-untuk-golongan-miskin-dan-miskin-tegar/