Bantuan Sara eKasih 2025: Semak Kelayakan, Jadual Bayaran Bulanan & Jumlah Bantuan
Penyaluran Bantuan Sara eKasih 2025 telah bermula sejak Januari dan akan diteruskan setiap bulan hingga Disember. Bantuan ini khusus untuk penerima layak di bawah program e-Kasih, dengan jumlah keseluruhan bantuan antara RM600 hingga RM2,100 setahun, bergantung kepada kategori penerima. Inisiatif ini bertujuan meringankan beban kos sara hidup rakyat yang memerlukan.
Ingin tahu jadual bayaran penuh, jumlah bantuan mengikut kategori, serta cara semak status kelayakan? Ikuti panduan lengkap di bawah.
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.
BACA JUGA : https://semakanstr.my/login-mykasih-online-2025/
BANTUAN SARA EKASIH 2025 BILA MASUK
Bayaran Bantuan Sara eKasih 2025 disalurkan mengikut kategori penerima seperti berikut:
| Jenis Penerima | Tarikh Bayaran Masuk |
|---|---|
| Penerima Berdaftar eKasih | Mulai Januari 2025 (Setiap Bulan hingga Disember) |
| Penerima Tidak Berdaftar eKasih (Hanya STR) | Mulai April 2025 |
Nota: Tarikh rasmi setiap bulan akan dikemaskini dari semasa ke semasa selepas pengumuman oleh kerajaan.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SARA EKASIH 2025
Individu yang layak menerima Bantuan Sara eKasih 2025 perlu memenuhi syarat berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Pendapatan isi rumah atau individu di bawah Paras Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
- Lulus permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025;
- Berdaftar dalam sistem eKasih sebagai penerima kategori Miskin atau Miskin Tegar.
Sekiranya anda memenuhi semua syarat di atas, anda boleh membuat semakan kelayakan melalui pautan rasmi yang disediakan di bawah.wah.
SEMAKAN KELAYAKAN BANTUAN SARA EKASIH 2025
Terdapat dua cara untuk menyemak kelayakan Bantuan Sara eKasih 2025:
1. Semakan Melalui Portal eKasih
- Layari portal rasmi eKasih di sini:
https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx - Klik pada [Semakan Pendaftaran].
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda (-). Contoh:
840101014321. - Klik butang [Klik Untuk Carian].
- Status pendaftaran eKasih anda akan dipaparkan.
2. Semakan Melalui Portal Bantuan Tunai Rahmah (STR)
Sekiranya tiada rekod di eKasih, semakan juga boleh dibuat melalui portal STR:
- Layari laman rasmi STR di:
https://bantuantunai.hasil.gov.my/ - Masukkan nombor MyKad 12 digit tanpa sengkang (-).
- Klik butang [Log Masuk].
- Sahkan nombor MyKad dan klik [Semak].
- Pastikan kata kunci keselamatan betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang didaftarkan.
- Di bahagian profil, pilih [Semakan Permohonan].
- Klik [Semakan 2025].
- Skrol ke bawah dan klik [Maklumat Bayaran].
- Status ‘Bayaran Bantuan SARA’ akan dipaparkan jika layak.
Pastikan anda sentiasa semak kedua-dua portal untuk maklumat terkini mengenai status kelayakan dan bayaran.
NILAI BANTUAN SARA EKASIH 2025
Berikut adalah jumlah bantuan yang akan diterima oleh penerima berdaftar dalam eKasih:
| Kategori Penerima | Jumlah Bantuan Sara eKasih 2025 |
|---|---|
| Isi Rumah | RM2,100 setahun |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM1,650 setahun |
| Bujang | RM600 setahun |
Bagi penerima tidak berdaftar dengan eKasih tetapi layak melalui STR sahaja, jumlah bantuan adalah seperti berikut:
| Kategori Penerima | Jumlah Bantuan Sara Bukan eKasih 2025 |
|---|---|
| Isi Rumah | RM1,200 setahun |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM600 setahun |
| Bujang | Tiada Bantuan |
Nota: Nilai bantuan berbeza mengikut kategori dan status pendaftaran dalam eKasih. Semakan status boleh dibuat di portal eKasih atau STR.
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau memerlukan bantuan lanjut berkaitan Bantuan SARA eKasih 2025, anda boleh hubungi pihak berkaitan melalui saluran berikut:
- Talian SARA MOF:
03-8882 4565 / 03-8882 4566 - Talian eKasih:
03-8000 8000 - Laman Pertanyaan eKasih (Portal Rasmi Kerajaan):
https://www.malaysia.gov.my/portal/contact
Disarankan untuk semak laman rasmi dari semasa ke semasa untuk maklumat terkini.
PENAFIAN
Maklumat yang dikongsikan di atas adalah bertujuan untuk memberikan informasi terkini berkaitan bantuan rasmi yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia, khususnya Bantuan SARA eKasih 2025. Penulisan ini disediakan bagi tujuan perkongsian manfaat dan memudahkan pengguna mendapatkan maklumat melalui carian dalam talian.
Kami tidak pernah meminta sebarang maklumat peribadi daripada pengguna atau pengunjung laman web ini, dan tidak mengenakan sebarang bayaran untuk sebarang maklumat yang dikongsikan.
Segala informasi yang dipaparkan adalah berdasarkan rujukan sumber rasmi dan sahih untuk memastikan ketepatan maklumat yang disampaikan kepada pembaca.
Rujukan rasmi:
https://manfaat.mof.gov.my/b2024/individu/sara
Sebarang perubahan atau pengumuman terkini tertakluk kepada kenyataan rasmi daripada pihak kerajaan.