Bantuan Sara Rahmah MyKasih 2025: Semakan Kelayakan & Status Penerima
Kerajaan Madani terus menunjukkan keprihatinan terhadap rakyat dengan menyalurkan pelbagai bantuan, termasuk Bantuan Sara Rahmah MyKasih 2025, khusus untuk golongan berpendapatan rendah yang memerlukan sokongan dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup.
Bagaimana cara semakan status kelayakan penerima Bantuan Sara Rahmah 2025? Ikuti panduan lengkap di bawah!
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : Semakan MyKasih 2025: Check Status Kelayakan & Cara Tebus
BANTUAN SARA RAHMAH MYKASIH 2025
Inisiatif Bantuan Sara Rahmah di bawah Program MyKasih adalah merupakan bantuan bersasar yang disalurkan kepada 5.4 juta individu yang layak menerusi kad pengenalan khas untuk membantu menampung kos pembelian barangan keperluan asas setiap bulan secara tanpa tunai (cashless).
JUMLAH PENERIMA BANTUAN SARA RAHMAH MYKASIH 2025
Pada tahun 2025, kerajaan telah meluaskan jumlah penerima yang layak menerima Bantuan Sara Rahmah yang bukan hanya kepada golongan Miskin dan Miskin Tegar, malah diberikan juga kepada golongan Asas Bukan Miskin mengikut jumlah berikut :
KELAYAKAN GOLONGAN | JUMLAH PENERIMA |
---|---|
Golongan Miskin dan Miskin Tegar | 700,000 ribu penerima (isi rumah, warga emas dan bujang) |
Golongan Asas Bukan Miskin | 4.7 juta penerima (isi rumah, warga emas dan bujang) |
KADAR BANTUAN SARA RAHMAH MYKASIH 2025
Kedua-dua golongan akan menerima kadar Bantuan Sara Rahmah yang berbeza mengikut kategori yang ditetapkan seperti berikut :
- GOLONGAN MISKIN DAN MISKIN TEGAR :
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN SARA RAHMAH |
---|---|
ISI RUMAH (Berkahwin / Tunggal) | RM2,100 setahun |
WARGA EMAS (Tiada Pasangan) | RM1,650 setahun |
BUJANG (Belum Kahwin / Balu / Duda / Janda) | RM600 setahun |
- GOLONGAN ASAS BUKAN MISKIN :
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN SARA RAHMAH |
---|---|
ISI RUMAH (Berkahwin / Tunggal) | RM900 setahun |
WARGA EMAS (Tiada Pasangan) | RM450 setahun |
*Nota : Bantuan Sara Rahmah akan disalurkan secara ansur berperingkat dengan kadar RM50/RM100/RM150/RM200 setiap bulan dan bukan sekaligus.
TARIKH PELAKSANAAN BANTUAN SARA RAHMAH 2025
Pelaksanaan Bantuan Sara Rahmah adalah pada tarikh seperti berikut :
KELAYAKAN GOLONGAN | TARIKH PELAKSANAAN BANTUAN SARA RAHMAH |
---|---|
Golongan Miskin dan Miskin Tegar | Setiap bulan : Bermula 15 Januari 2025 Sehingga 1 Disember 2025 |
Golongan Asas Bukan Miskin | Setiap bulan : Bermula 1 April 2025 Sehingga 1 Disember 2025 |
*Nota : Pada bulan Februari, Mac, April, Mei, Jun, Julai, Ogos, September, Oktober dan November adalah pada setiap 1 hari bulan.
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SARA RAHMAH MYKASIH 2025
Semak status anda layak atau tidak terima Bantuan Sara Rahmah melalui portal rasmi MyKasih seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Selesai.
Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Halaman utama Portal STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
- Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Sara MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.