Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025: Semakan Status Kelayakan Penerima RM900
Kerajaan Negeri Sabah memperkenalkan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025 bagi membantu rakyat menghadapi cabaran kos sara hidup serta memastikan kebajikan golongan yang memerlukan terus terpelihara melalui bantuan kewangan berkala.
Adakah anda layak menerima bantuan RM900 ini? Ketahui cara semakan status kelayakan dan maklumat lengkap di sini!
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/sara-bukan-ekasih/
PENGENALAN BANTUAN SENTUHAN KASIH RAKYAT SABAH
Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah merupakan inisiatif baharu Kerajaan Negeri Sabah untuk membantu Rakyat Sabah daripada Golongan B40, khususnya mereka yang berstatus Miskin dan Miskin Tegar dalam eKasih dalam mendepani cabaran kewangan dan kos sara hidup yang dihadapi.
Sebanyak RM358.5 juta telah diperuntukkan untuk perlaksanaan program ini dengan penyaluran sebanyak RM300 sebulan kepada penerima yang layak mengikut syarat yang ditetapkan.
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SENTUHAN KASIH RAKYAT SABAH 2025
Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan Sabah mestilah terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Anak Kelahiran Negeri Sabah dan Menetap di Negeri Sabah;
- Ketua Isi Rumah dan Ahli Keluarga yang berumur 18 tahun ke atas; DAN
- Kategori Miskin dan Miskin Tegar eKasih : – Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih.
TARIKH PERLAKSANAAN BANTUAN SABAH 2025
Penyaluran Bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah adalah seperti berikut:
BANTUAN | TARIKH PEMBAYARAN |
---|---|
Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah | Bantuan ini telah mula dilaksanakan pada 17 Februari 2025 (Isnin) dan disalurkan kepada 100,000 penerima yang layak bagi Fasa Pertama. |
JUMLAH PEMBAYARAN BANTUAN SABAH 2025 FASA PERTAMA
Kadar bantuan yang diberikan adalah mengikut kategori seperti di bawah:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Ketua Keluarga Isi Rumah (KIR) DAN Ahli Keluarga yang berumur 18 tahun ke atas yang BERSTATUS Miskin dan Miskin Tegar eKasih. | Pembayaran Bagi Fasa Pertama disalurkan sekaligus untuk tempoh 3 bulan iaitu sebanyak RM 900 Pada Bulan seterusnya, bayaran akan diberikan secara bulanan sebanyak RM 300 Sebulan. |
CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN SENTUHAN KASIH RAKYAT SABAH 2025
Individu yang menepati Syarat Kelayakan Bantuan dan BERSTATUS Miskin dan Miskin eKasih layak menerima bantuan secara automatik. Status Kelayakan Penerima Bantuan Sabah boleh disemak seperti kaedah berikut:
- Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut:
https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx - Halaman utama Semakan eKasih dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-) dan Masukkan [Kod Kaptcha] yang diberikan.
- Kemudian Tekan [Klik Untuk Carian].
- Seterusnya, maklumat status penerima akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak’.
- Selesai.
RUJUKAN
Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat, anda boleh rujuk saluran berikut:
- Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sabah: https://sabah.gov.my/
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://www.tvsarawak.my/2024/11/15/belanjawan-sabah-2025-bantuan-rm300-sebulan-untuk-golongan-miskin-dan-miskin-tegar/