Tarikh Bayaran Bantuan Tunai Rahmah Fasa 2 2025: Semakan Status Kelayakan

Jumlah penerima Bantuan Tunai Rahmah (BTR) Fasa 2 2025 dijangka meningkat berikutan kemasukan permohonan baharu dan rayuan yang telah dikemukakan sebelum ini. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat kepada penerima yang layak berdasarkan pangkalan data rasmi.

Bagaimana cara semakan status bayaran BTR Fasa 2 2025? Ketahui tarikh pembayaran, kelayakan penerima, dan info terkini di sini.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

TARIKH BAYAR BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 2 2025

BACA JUGA : Bantuan Madani 2025

CARA BAYAR BANTUAN TUNAI RAHMAH 2025

Cara bayaran Bantuan Tunai Rahmah kepada penerima adalah melalui cara berikut :

PENERIMA ADA AKAUN BANKPENERIMA TIADA AKAUN BANK
Pengkreditan terus ke dalam
akaun bank penerima / pasangan
Diberikan secara tunai di kaunter
Bank Simpanan Nasional (BSN)

TARIKH BAYAR BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 2 2025

Pembayaran Bantuan Tunai Rahmah Fasa 2 adalah dianggarkan pada tarikh berikut :

TUNAI DI KAUNTER
BANK SIMPANAN NASIONAL
KREDIT TERUS KE DALAM
AKAUN BANK PENERIMA
Mulai 3 April 20253 April 2025 dan berperingkat

*Nota : Tarikh di atas akan dikemaskini dari semasa ke semasa sekiranya terdapat perubahan tarikh bayaran oleh Kementerian Kewangan (MOF).

NILAI BAYAR BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 2 2025

Setiap penerima akan menerima nilai Bantuan Tunai Rahmah Fasa 2 yang berbeza seperti berikut :

  • KATEGORI ISI RUMAH :
    • Berpasangan (ada / tiada anak) atau Tunggal (ada anak) :
ISI RUMAH PENDAPATAN
BAWAH RM2,500
ISI RUMAH PENDAPATAN
RM2,501 – RM5,000
RM150 hingga RM650
(tertakluk bilangan anak)
RM100 hingga RM300
(tertakluk bilangan anak)
  • KATEGORI BUJANG :
    • Belum berkahwin / balu / duda / janda (tiada anak) :
BUJANG UMUR
21 HINGGA 59 TAHUN
BUJANG UMUR
60 TAHUN DAN KE ATAS
RM150
(Setiap seorang)
RM150
(Setiap seorang)

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 2 2025

Untuk mengetahui status anda sebagai penerima Bantuan Tunai Rahmah Fasa 2, ikuti cara semakan status seperti berikut :

PORTAL RASMIPAUTAN
Bantuan Tunai Rahmah 2025https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  1. Sila layari pautan Portal Rasmi Bantuan Tunai Rahmah di atas.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  11. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  12. Status Bayaran Fasa 2 akan dipaparkan.
  13. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202025%20FASA%201.pdf.