Bayaran BUDI MADANI 2025: Semakan Status & Kelayakan Penerima RM200

Bayaran BUDI MADANI 2025: Semakan Status & Kelayakan Penerima RM200

Kerajaan MADANI meneruskan subsidi bersasar melalui BUDI MADANI 2025, memberi bantuan tunai RM200 sebulan kepada golongan yang layak. Bantuan ini dikhaskan untuk petani, penternak kecil, serta pemilik kenderaan diesel persendirian bagi meringankan kos sara hidup.

Bagaimana cara semakan status penerima bayaran BUDI MADANI 2025? Ketahui syarat kelayakan dan panduan lengkap di sini!

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BAYARAN BANTUAN BUDI MADANI 2025

BACA JUGA : Bantuan Madani 2025

APA ITU BANTUAN BUDI MADANI

BUDI MADANI merupakan penyasaran semula subsidi kepada golongan yang benar-benar layak bagi memastikan kebajikan mereka terus terjaga.

Melalui budi madani ini, Kenderaan pengangkutan barangan darat tertentu akan terus mendapat subsidi bagi mengawal harga barangan, manakala individu terpilih pula akan diberikan bantuan tunai bagi membendung kenaikan kos sara hidup.

PROGRAM BANTUAN BUDI MADANI 2025

Terdapat tiga (3) jenis/kategori program dibawah Budi Madani iaitu:

  • Budi Individu : Bantuan subsidi tunai RM200 sebulan untuk pemilik kenderaan diesel persendirian yang layak.
  • Budi Agri-Komoditi : Bantuan kepada petani dan penternak bagi meringankan kos bahan api dan operasi pertanian.
  • MySubsidi Diesel : Permohonan bayaran balik sementara bagi pemohon Skim Kawalan Diesel Subsidi (SKDS) yang masih menunggu kelulusan “fleet card.”

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN BUDI MADANI 2025

Syarat kelayakan untuk permohonan adalah mengikut kategori seperti berikut:

  1. Kelayakan Budi Individu
    • Warganegara Malaysia;
    • Pendapatan tahunan individu atau pasangan tidak melebihi RM100,00;
    • Kenderaan diesel persendirian dengan cukai jalan yang masih aktif; DAN
    • Kenderaan berdaftar di Semenanjung Malaysia menggunakan nombor MyKad pemilik.
  2. Kelayakan Budi Agri-Komoditi
    • Warganegara Malaysia;
    • Berdaftar sebagai petani, penternak, atau pekebun kecil dengan kementerian berkaitan; DAN
    • Menggunakan kenderaan atau jentera pertanian yang sah;
  3. Kelayakan MySubsidi Diesel
    • Pemohon yang telah mendapat kelulusan awal Skim Kawalan Diesel Subsidi (SKDS); DAN
    • Masih menunggu untuk mendapatkan “fleet card.”

PANDUAN LENGKAP SEMAKAN STATUS PENERIMA BAYARAN BANTUAN BUDI MADANI 2025

Panduan lengkap Semakan Status Budi Madani 2025 seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi Budi Madani: https://budimadani.gov.my
  2. Kemudian, Log Masuk menggunakan nombor MyKad serta kata laluan yang telah didaftarkan.
  3. Klik ‘Semakan Status’
  4. Status Permohonan akan dipaparkan sama ada LULUS, DALAM PROSES, atau DITOLAK.

KAEDAH PENYALURAN BAYARAN BANTUAN BUDI MADANI

Bantuan akan diagihkan mengikut kaedah seperti berikut :

  • Pembayaran akan dikreditkan secara langsung ke akaun bank penerima yang berdaftar.
  • Bagi penerima tanpa akaun bank, wang boleh dituntut di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) secara tunai, melalui kaunter perkhidmatan.

TARIKH PENYALURAN BAYARAN BANTUAN BUDI MADANI 2025

Berikut merupakan tarikh-tarikh pembayaran bagi pemohon yang telah diluluskan permohonannya mengikut tarikh permohonan:

  • Januari – Jun
TARIKH PERMOHONAN BUDI MADANI
(BULAN)
TARIKH BAYARAN
Januari7 Februari 2025 (Jumaat)
Februari7 Mac 2025 (Jumaat)
Mac11 April 2025 (Jumaat)
April9 Mei 2025 (Jumaat)
Mei6 Jun 2025 (Jumaat)
Jun7 Julai 2025 (Jumaat)
  • Julai – Disember
TARIKH PERMOHONAN BUDI MADANI
(BULAN)
TARIKH BAYARAN
Julai8 Ogos 2025 (Jumaat)
Ogos8 September 2025 (Isnin)
September8 Oktober 2025 (Rabu)
Oktober7 November 2025 (Jumaat)
November5 Disember 2025 (Jumaat)
Disember9 Januari 2026 (Jumaat)

JUMLAH BANTUAN

Kadar bayaran yang disediakan kepada penerima yang layak seperti berikut:

BANTUANKADAR BANTUAN (RM)
Bantuan Budi MadaniRM200 Sebulan

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi BUDI MADANI. Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://budimadani.gov.my/Download/Faq/FAQ_BUDI_Individu.pdf