Bayaran MyKasih 2025: Semakan Kelayakan Bantuan RM600, RM900 & RM2100

Yayasan MyKasih, sebuah pertubuhan NGO yang ditubuhkan pada 2009, berperanan menyalurkan bantuan tanpa tunai kepada keluarga dan pelajar yang memerlukan. Melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025, penerima layak akan menerima bantuan sebanyak RM600, RM900 atau RM2100, bergantung kepada kategori kelayakan mereka.

Bagaimana cara semakan status kelayakan MyKasih 2025? Ikuti panduan lengkap dan info terkini di bawah.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : MyKasih Semakan Status 2025: Semak Kelayakan Penerima RM600, RM900 & RM1200

PENGENALAN MYKASIH 2025

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah disalurkan di bawah Program MyKasih yang bertujuan untuk membantu menampung kos pembelian barangan keperluan asas rakyat terutamanya golongan rentan yang kurang berkemampuan.

Bantuan SARA MyKasih akan disalurkan kepada penerima yang layak secara ansur tanpa tunai (cashless) melalui kad pengenalan (IC) penerima khas untuk pembelian barangan keperluan asas seperti bahan makanan, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan sekolah anak.

KADAR BAYARAN MYKASIH

Kadar bayaran Bantuan SARA MyKasih adalah bergantung kepada kelayakan penerima berikut :

  • Penerima Berstatus Miskin & Miskin Tegar :
    • Isi Rumah : RM2,100 setahun (RM100/RM200 sebulan).
    • Warga Emas : RM1,650 setahun (RM100/RM150 sebulan).
    • Bujang : RM600 setahun (RM50 sebulan).
  • Penerima Berstatus Asas Bukan Miskin :
    • Isi Rumah : RM900 setahun (RM100 sebulan).
    • Warga Emas : RM450 setahun (RM50 sebulan).
    • Bujang : Tiada.

TARIKH BAYARAN MYKASIH 2025

Berikut merupakan tarikh bayaran Bantuan SARA MyKasih :

KELAYAKAN PENERIMATARIKH BAYARAN
MYKASIH
Penerima Miskin & Miskin TegarSetiap bulan :
15 Januari 2025 hingga Disember 2025
(12 bulan)
Penerima Asas Bukan MiskinSetiap bulan :
April 2025 hingga Disember 2025
(9 bulan)

*Nota : Penggunaan Bantuan SARA MyKasih adalah sah sehingga 31 Disember 2025.

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA MYKASIH 2025

Status kelayakan sebagai penerima Bantuan MyKasih boleh disemak melalui dua (2) portal seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Selesai.

Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui, klik pada butang [Semak Kelayakan].

  1. Halaman utama Portal STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
  2. Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  3. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  4. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  5. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  6. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  7. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  8. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  10. Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
  11. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.