Cek SARA 2025: Semakan Status Penerima & Info MyKad
Untuk memastikan bantuan sampai kepada rakyat yang benar-benar layak, Kerajaan akan menyalurkan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) terus ke dalam MyKad penerima di seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah, dan Sarawak sepanjang tahun 2025. Bantuan ini termasuk kredit RM100 dan RM50 untuk membantu meringankan kos sara hidup.
Ingin tahu cara semakan status penerima bantuan SARA dalam MyKad? Dapatkan panduan lengkap di bawah!

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.
BACA JUGA : https://semakanstr.my/bantuan-rm100-mykad-2025/
TEMPOH PELAKSANAAN SARA BANTUAN DALAM MYKAD
Pelaksanaan SARA Bantuan Dalam MyKad bagi sepanjang tahun 2025 adalah selama tempoh berikut :
KELAYAKAN PENERIMA | TEMPOH PELAKSANAAN SARA BANTUAN DALAM MYKAD |
---|---|
Penerima Sedia Ada | Selama 12 bulan (Januari hingga Disember) |
Penerima Baharu | Selama 9 bulan (April hingga Disember) |
TARIKH PELAKSANAAN SARA BANTUAN DALAM MYKAD
Pelaksanaan SARA Bantuan Dalam MyKad adalah secara ansur setiap bulan yang mana kerajaan telah mula mengkreditkan Bantuan ke Dalam MyKad 700,000 ribu penerima sedia ada bermula pada tarikh 15 Januari 2025 dan pada bulan seterusnya dijangka bermula setiap 1 hari bulan sehingga ke bulan Disember 2025.
CEK SARA KADAR BANTUAN DALAM MYKAD
Kadar SARA Bantuan Dalam MyKad yang disalurkan sepanjang tahun 2025 adalah bergantung kepada kelayakan penerima seperti berikut :
- Penerima Sedia Ada :
- Isi Rumah : RM100 (3 bulan) / RM200 (7 bulan);
- Warga Emas : RM100 (3 bulan) / RM150 (7 bulan);
- Bujang : RM50 (12 bulan).
- Penerima Baharu :
- Isi Rumah : RM100 (9 bulan);
- Warga Emas : RM50 (9 bulan);
- Bujang : Tiada.
CEK SARA STATUS PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD
Status kelayakan penerima SARA Bantuan Dalam MyKad boleh dicek melalui pautan berikut :
- Sila layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘Tiada Rekod Ditemui’.
- Selesai.
Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui, klik pada butang [STATUS_CHECK.GOTOBANTUAN].
- Halaman utama portal rasmi STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
- Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Dalam Proses’.
- Selesai.
KEGUNAAN SARA BANTUAN DALAM MYKAD
Penerima yang layak, perlu menggunakan MyKad untuk pembelian barangan keperluan asas seperti senarai berikut :
- Beras.
- Roti.
- Telur.
- Minyak masak.
- Tepung.
- Biskut.
- Mi segera.
- Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe).
- Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang).
- Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
- Produk kebersihan (Contoh : Ubat gigi, Sabun cecair mandian, Tuala wanita).
- Ubat-ubatan (Contoh : Panadol, Ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM).
- Barangan persekolahan (Contoh : Pakaian seragam sekolah, Kasut, Beg sekolah, Alat tulis).
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.