STR Fasa 1 2025: CEK STR Status Kelayakan dan Tarikh Bayaran

CEK STR Fasa 1 untuk tahun 2025 sekarang! Portal rasmi LHDNM telah dibuka untuk pemohon sedia ada mengemaskini maklumat, dan permohonan baharu untuk menerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa pertama juga telah dibuka.

Pemohon kini boleh mengetahui status kelayakan sebagai penerima STR 2025 dengan mudah melalui laman rasmi STR.

PENERIMA BANTUAN STR FASA 1

BACA JUGA : STR Bujang Fasa 4 2024 Semakan Status

Cara CEK STR Fasa 1 2025 (Status Kelayakan)

Berikut adalah panduan lengkap untuk memeriksa status kelayakan STR Fasa 1:

  1. Layari portal rasmi STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my.
  2. Klik [Tutup] pada pop-up pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor MyKad tanpa sengkang (contoh: 890230115678).
  4. Klik [Log Masuk].
  5. Pada halaman pengesahan, klik butang [Semak].
  6. Pastikan “Frasa Keselamatan” adalah betul, kemudian klik [Ya].
  7. Masukkan kata laluan dengan betul dan klik [Log Masuk].
  8. Halaman Profile Pemohon akan dipaparkan. Klik [Semakan Permohonan].
  9. Status kelayakan STR Fasa 1 akan dipaparkan sebagai “LULUS” atau “TIDAK LULUS”.
  10. Maklumat bayaran STR Fasa 1 akan turut dipaparkan.

Tarikh Bayaran STR Fasa 1 2025

Bayaran untuk STR Fasa 1 dijangka akan dibuat antara:

Januari 2025 – Februari 2025
Nota: Tarikh rasmi akan diumumkan kemudian.

Kadar Bayaran STR Fasa 1 2025

Kadar bayaran untuk bantuan Sumbangan Tunai Rahmah adalah seperti berikut:

Isi Rumah Berpendapatan Bawah RM2,500:

  • Tiada anak: RM1,000
  • 1-2 anak: RM1,500
  • 3-4 anak: RM2,000
  • 5 atau lebih anak: RM2,500

Isi Rumah Berpendapatan Bawah RM5,000:

  • Tiada anak: RM500
  • 1-2 anak: RM750
  • 3-4 anak: RM1,000
  • 5 atau lebih anak: RM1,250

Individu Bujang (Umur 60 Tahun ke Atas):

  • RM600

Individu Bujang (Umur 21–59 Tahun):

  • RM600

Untuk maklumat kadar penuh, rujuk laman rasmi STR.

Syarat Kelayakan STR Fasa 1

Pemohon perlu memenuhi syarat berikut untuk layak menerima STR:

Kelayakan Isi Rumah:

  • Berkahwin (dengan atau tanpa anak).
  • Ibu/bapa tunggal dengan anak.
  • Pendapatan isi rumah bawah RM5,000 sebulan.

Kelayakan Warga Emas:

  • Bujang, balu, janda, atau duda tanpa anak.
  • Umur 60 tahun ke atas.
  • Pendapatan individu bawah RM5,000 sebulan.

Kelayakan Bujang:

  • Berumur 21 hingga 59 tahun.
  • Pendapatan individu bawah RM2,500 sebulan.
  • Tidak merupakan pelajar sepenuh masa IPTA/IPTS.

Rujukan Rasmi STR

Untuk maklumat lebih lanjut atau pertanyaan berkaitan STR, hubungi:

  • Hotline STR HASiL: 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF: 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • Email: [email protected]