Semak SARA 2025: Cek Status Penerima Bantuan Bulanan (RM200, RM100 & RM50)

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 merupakan inisiatif bantuan bersasar oleh kerajaan untuk membantu golongan yang memerlukan menampung perbelanjaan barangan keperluan asas. Bantuan bulanan ini, berjumlah RM200, RM100, atau RM50, akan dikreditkan terus ke MyKad penerima bagi memastikan proses yang mudah dan pantas. Bagaimana cara untuk menyemak status kelayakan bantuan SARA setiap bulan? Ikuti panduan lengkap dan maklumat penting di bawah.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/str-fasa-1-2025/

KRITERIA KELAYAKAN SARA 2025

Bantuan SARA hanya akan diberikan khas kepada individu yang menepati kriteria kelayakan seperti berikut :

  • SARA Miskin Tegar dan Miskin eKasih :
    • Warganegara Malaysia;
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
    • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
  • SARA Asas Bukan Miskin :
    • Warganegara Malaysia; dan
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.

JUMLAH BANTUAN SARA 2025

Bantuan SARA akan disalurkan mengikut jumlah yang ditetapkan bagi setiap kelayakan penerima seperti berikut :

  • Penerima SARA Miskin eKasih dan Miskin Tegar :
    • Isi Rumah : RM100/RM200 setiap bulan;
    • Warga Emas : RM100/RM150 setiap bulan;
    • Bujang : RM50 setiap bulan.
  • Penerima SARA Asas Bukan Miskin :
    • Isi Rumah : RM100 setiap bulan;
    • Warga Emas : RM50 setiap bulan.

TEMPOH PELAKSANAAN SARA 2025

Pelaksanaan Bantuan SARA adalah selama tempoh berikut :

KELAYAKAN PENERIMA SARATEMPOH PELAKSANAAN
Penerima SARA Miskin dan Miskin TegarSelama 12 bulan
(15 Januari hingga Disember 2025)
Penerima SARA Asas Bukan MiskinSelama 9 bulan
(April hingga Disember 2025)

CHECK SARA 2025

Ikuti panduan check status penerima Bantuan SARA seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘Tiada Rekod Ditemui’.
  6. Selesai.

Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui, klik pada butang [STATUS_CHECK.GOTOBANTUAN].

  1. Halaman utama Portal STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
  2. Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  3. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  4. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  5. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  6. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  7. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  8. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  10. Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
  11. Selesai.

MANFAAT SARA 2025

Penerima boleh menggunakan Bantuan SARA untuk membuat pembelian barangan keperluan asas seperti berikut :

  • Beras.
  • Roti.
  • Telur.
  • Minyak masak.
  • Tepung.
  • Biskut.
  • Mi segera.
  • Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe).
  • Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang).
  • Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
  • Produk kebersihan (Contoh : Ubat gigi, Sabun cecair mandian, Tuala wanita).
  • Ubat-ubatan (Contoh : Panadol, Ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM).
  • Barangan persekolahan (Contoh : Pakaian seragam sekolah, Kasut, Beg sekolah, Alat tulis).

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.