CHECK STATUS MYKASIH 2025: CEK KELAYAKAN PENERIMA (RM100 & RM50)
Kerajaan meneruskan inisiatif Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2025, yang disalurkan secara tanpa tunai (cashless) melalui MyKad penerima bagi memudahkan akses bantuan tanpa memerlukan sambungan internet. Bantuan ini bernilai RM100 atau RM50, bergantung kepada kelayakan penerima.
Bagaimanakah cara untuk check status MyKasih 2025 dan mengetahui kelayakan penerima? Ikuti panduan lengkap di bawah.
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : MyKasih Semakan 2025
JUMLAH PENERIMA MELEPASI STATUS MYKASIH 2025
Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang telah melepasi status kelayakan MyKasih adalah seramai berikut :
KELAYAKAN PENERIMA | JUMLAH PENERIMA |
---|---|
Penerima Sedia Ada | 0.7 juta penerima (Isi rumah, bujang dan warga emas) |
Penerima Baharu | 4.7 juta penerima (Isi rumah dan warga emas) |
*Menjadikan keseluruhan penerima yang telah melepasi status adalah seramai 5.4 juta.
CHECK STATUS MYKASIH 2025
Ikuti panduan check status kelayakan sebagai penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui pautan Portal Rasmi MyKasih seperti di bawah :
PORTAL RASMI | PAUTAN |
---|---|
MyKasih | https://mykasih.com.my/ |
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih; atau klik pautan di atas.
- Pada halaman utama MyKasih, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
NILAI AGIHAN MYKASIH MENGIKUT STATUS 2025
Pengagihan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada penerima yang layak adalah dengan nilai yang mengikut status kelayakan seperti berikut :
- Penerima Sedia Ada :
KATEGORI PENERIMA | NILAI AGIHAN BANTUAN |
---|---|
Isi Rumah (RM2,100) | RM100 (selama 3 bulan) RM200 (selama 9 bulan) |
Bujang (RM600) | RM50 (selama 12 bulan) |
Warga Emas (RM1,650) | RM100 (selama 3 bulan) RM150 (selama 9 bulan) |
- Penerima Baharu :
KATEGORI PENERIMA | NILAI AGIHAN BANTUAN |
---|---|
Isi Rumah (RM900) | RM100 (selama 9 bulan) |
Warga Emas (RM450) | RM50 (selama 9 bulan) |
TARIKH AGIHAN MYKASIH 2025
Agihan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di bawah MyKasih adalah secara ansur setiap bulan berdasarkan tarikh seperti berikut :
KELAYAKAN PENERIMA | TARIKH AGIHAN FASA SATU (1) | TARIKH AGIHAN FASA DUA (2) |
---|---|---|
Penerima Sedia Ada | 15 Januari 2025 hingga 1 Mac 2025 | 1 April 2025 hingga 1 Disember 2025 |
Penerima Baharu | – | 1 April 2025 hingga 1 Disember 2025 |
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.