Daftar BUDI Madani 2025: Semak Kelayakan & Mohon Subsidi RM200 Sebulan
Kerajaan melalui inisiatif BUDI Madani 2025 menyediakan subsidi tunai RM200 setiap bulan kepada penerima yang layak, termasuk petani, penternak kecil, serta pemilik kenderaan diesel persendirian. Bantuan ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan golongan sasar dalam menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat.
Bagaimana cara daftar BUDI Madani 2025? Semak kelayakan dan panduan permohonan lengkap di bawah.
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/semakan-sara-2025/
APA ITU BANTUAN MADANI
BUDI MADANI merupakan inisiatif Kerajaan MADANI untuk memastikan subsidi disalurkan kepada golongan yang benar-benar layak. Kerajaan berhasrat untuk menyasarkan semula subsidi bahan api bagi mengekang aktiviti penyeludupan dan ketirisan subsidi rakyat.
Ianya diperkenalkan sebagai platform penyasaran semula subsidi kepada yang memerlukan agar kebajikan majoriti rakyat terus terpelihara. Melalui budi madani ini, Kenderaan pengangkutan barangan darat tertentu akan terus mendapat subsidi bagi mengawal harga barangan, manakala individu terpilih pula akan diberikan bantuan tunai bagi membendung kenaikan kos sara hidup.
JENIS PROGRAM BUDI MADANI
Terdapat tiga (3) jenis/kategori program dibawah Budi Madani iaitu:
- Budi Individu : Bantuan subsidi tunai RM200 sebulan untuk pemilik kenderaan diesel persendirian yang layak.
- Budi Agri-Komoditi : Bantuan kepada petani dan penternak bagi meringankan kos bahan api dan operasi pertanian.
- MySubsidi Diesel : Permohonan bayaran balik sementara bagi pemohon Skim Kawalan Diesel Subsidi (SKDS) yang masih menunggu kelulusan “fleet card.”
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN BUDI MADANI 2025
Syarat kelayakan untuk permohonan adalah mengikut kategori seperti berikut:
- Budi Individu
- Warganegara Malaysia;
- Pendapatan tahunan individu atau pasangan tidak melebihi RM100,00;
- Kenderaan diesel persendirian dengan cukai jalan yang masih aktif; DAN
- Kenderaan berdaftar di Semenanjung Malaysia menggunakan nombor MyKad pemilik.
- Budi Agri-Komoditi :
- Warganegara Malaysia;
- Berdaftar sebagai petani, penternak, atau pekebun kecil dengan kementerian berkaitan; DAN
- Menggunakan kenderaan atau jentera pertanian yang sah;
- MySubsidi Diesel :
- Pemohon yang telah mendapat kelulusan awal Skim Kawalan Diesel Subsidi (SKDS); DAN
- Masih menunggu untuk mendapatkan “fleet card.”
DOKUMEN SOKONGAN DAFTAR BANTUAN BUDI MADANI
Untuk mengemukakan permohonan bantuan, pemohon hendaklah menyediakan dokumen sokongan seperti berikut:
- Salinan Kad Pengenalan (MyKad);
- Salinan Lesen Kenderaan Motor (Cukai Jalan);
- Penyata Pendapatan atau Slip Gaji (Jika Ada);
- Geran Kenderaan bagi Permohonan Budi Individu; DAN
- Sijil Pendaftaran dengan Kementerian bagi Budi Agri-Komoditi.
PANDUAN LENGKAP DAFTAR BANTUAN BUDI MADANI
Panduan lengkap pendaftaran program Budi Madani secara online seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi : https://budimadani.gov.my/
- Kemudian, klik pada pilihan kategori bantuan yang anda ingin membuat permohonan iaitu Budi Individu ATAU Budi Agri-Komoditi.
- Setelah pilih kategori bantuan, anda dikehendaki masukkan maklumat yang diperlukan dengan lengkap seperti nama penuh, nombor MyKad, nombor pendaftaran kenderaan, dan maklumat akaun bank.
- Seterusnya, anda dikehendaki muat naik dokumen sokongan yang diperlukan dalam format PDF atau JPEG.
- Kemudian, pastikan semua maklumat yang diisi adalah betul.
- Klik butang “Hantar.”
- Akhir sekali, simpan Nombor Rujukan Permohonan untuk semakan status permohonan nanti.
- Selesai.
SEMAKAN STATUS LULUS ATAU TIDAK BANTUAN
Panduan lengkap Semakan Status Budi Madani 2025 seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi Budi Madani: https://budimadani.gov.my
- Kemudian, Log Masuk menggunakan nombor MyKad serta kata laluan yang telah didaftarkan.
- Klik ‘Semakan Status’
- Status Permohonan akan dipaparkan sama ada LULUS, DALAM PROSES, atau DITOLAK.
JADUAL TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN
Berikut merupakan tarikh-tarikh pembayaran bagi pemohon yang telah diluluskan permohonannya mengikut tarikh permohonan:
BULAN PENGHANTARAN PERMOHONAN BUDI MADANI | TARIKH BAYARAN AKAN DITERIMA |
---|---|
Januari | 7 Februari 2025 (Jumaat) |
Februari | 7 Mac 2025 (Jumaat) |
Mac | 11 April 2025 (Jumaat) |
April | 9 Mei 2025 (Jumaat) |
Mei | 6 Jun 2025 (Jumaat) |
Jun | 7 Julai 2025 (Jumaat) |
Julai | 8 Ogos 2025 (Jumaat) |
Ogos | 8 September 2025 (Isnin) |
September | 8 Oktober 2025 (Rabu) |
Oktober | 7 November 2025 (Jumaat) |
November | 5 Disember 2025 (Jumaat) |
Disember | 9 Januari 2026 (Jumaat) |
Jumlah peruntukan bantuan adalah sebanyak RM200 untuk setiap bulan.
CARA PEMBAYARAN KEPADA PENERIMA
Bantuan akan diagihkan mengikut kaedah seperti berikut :
- Pengkreditan ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar; ATAU
- Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi BUDI MADANI. Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- BUDI MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://budimadani.gov.my/