eKasih ICU Gov My Semakan 2025: Semak Kelayakan & Bayaran RM2100, RM900, RM600
Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU, JPM) menguruskan pangkalan data eKasih, yang menyenaraikan rakyat berpendapatan rendah dan miskin tegar untuk menerima pelbagai bantuan, termasuk Bantuan SARA. Program ini bertujuan meningkatkan kesejahteraan golongan yang layak menerusi bayaran bantuan sehingga RM2100, RM900, dan RM600.
Bagaimana cara semakan status kelayakan eKasih 2025? Ikuti panduan lengkap di bawah untuk mengetahui syarat dan jumlah bayaran bantuan yang akan diterima.
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/semakan-sara-2025/
PENGENALAN EKASIH ICU GOV MY
eKasih adalah merupakan Sistem Bank Data Kemiskinan Nasional yang digunakan kerajaan dan agensi berkaitan untuk menyalurkan bantuan secara terus kepada rakyat yang benar-benar layak serta memerlukan.
Bantuan SARA (MyKasih) disalurkan kepada rakyat yang tersenarai di dalam pangkalan data eKasih setiap bulan bagi membantu meringankan bebanan kos sara hidup rakyat.
EKASIH ICU GOV MY SEMAKAN
Ikuti panduan semakan status pendaftaran eKasih seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi eKasih; atau klik pada pautan di sini : https://www.icu.gov.my/?pg=perkhidmatan&type=sejahtera&list=s03.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada [Semak Pendaftaran eKasih].
- Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan ‘No.KP’ tanpa (-) contoh : 84XXXXXXXXXX.
- Masukkan Kod Katpcha berdasarkan nombor yang diberikan.
- Seterusnya, klik pada butang [Klik Untuk Carian].
- Status penerima akan dipaparkan :
- DISAHKAN (Telah Dibanci); atau
- DISEMAK (Dalam Proses Banci); atau
- DITOLAK (Tidak Layak Dibanci); atau
- BARU/ DAFTAR TERBUKA (Permohonan Baru).
- Selesai.
Kemudian, ikuti panduan semakan status bayaran Bantuan SARA seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
JUMLAH BAYARAN EKASIH ICU GOV MY
Bantuan SARA (MyKasih) yang dibayar kepada penerima eKasih dan bukan eKasih adalah berjumlah sebanyak :
- Penerima eKasih :
- Isi Rumah : RM2,100 setahun.
- Warga Emas : RM1,650 setahun.
- Bujang : RM600 setahun.
- Penerima Bukan eKasih :
- Isi Rumah : RM900 setahun.
- Warga Emas : RM450 setahun.
JADUAL BAYARAN EKASIH ICU GOV MY
Berikut merupakan jadual bayaran Bantuan SARA (MyKasih) yang diberikan kepada penerima eKasih dan bukan eKasih :
KELAYAKAN PENERIMA | TARIKH BAYARAN BANTUAN |
---|---|
Penerima eKasih | Setiap bulan : Januari hingga Disember 2025 (selama 12 bulan) |
Penerima Bukan eKasih | Setiap bulan : April hingga Disember 2025 (selama 9 bulan) |
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan eKASIH, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 603 8000 8000
- Laman Pertanyaan e-Kasih : https://www.malaysia.gov.my/portal/contact.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.