eWallet RM200 Pembayaran 2025: Semakan Kelayakan & Cara Tebus
Bantuan eWallet RM200 diberikan bagi memudahkan rakyat menerima bantuan secara tanpa tunai (cashless), membolehkan transaksi dilakukan dengan lebih selamat dan mudah tanpa perlu mengeluarkan wang tunai. Inisiatif ini membantu penerima dalam pembelian keperluan harian dengan lebih lancar.
Bagaimanakah cara untuk semak kelayakan pembayaran eWallet RM200? Ikuti penjelasan lengkap di bawah untuk mengetahui status anda.
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : Panduan Lengkap mySalam: Login, Pendaftaran & Tuntutan (2025)
EWALLET 200 PEMBAYARAN 2025
Pembayaran Bantuan SARA MyKasih yang bernilai RM200 adalah dibayar secara tanpa tunai (cashless) menerusi kad pengenalan (IC) penerima dan bukanlah melalui akaun aplikasi e-Wallet kerana pihak kerajaan tidak meneruskan pemberian bantuan melalui e-Wallet.
KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN 200 2025
Bantuan SARA MyKasih yang bernilai RM200 adalah khas untuk isi rumah yang memenuhi kelayakan berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
JADUAL PEMBAYARAN 200 2025
Pembayaran Bantuan SARA MyKasih yang bernilai RM200 adalah dijadualkan seperti berikut :
JUMLAH BANTUAN | TARIKH PEMBAYARAN |
---|---|
RM100 sebulan | 15 Januari 2025 hingga Mac 2025 |
R200 sebulan | April 2025 hingga Disember 2025 |
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA PEMBAYARAN 200 2025
Ketahui status kelayakan sebagai penerima bayaran Bantuan SARA MyKasih melalui semakan seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Selesai.
Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Halaman utama Portal STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
- Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
- Selesai.
KEGUNAAN PEMBAYARAN 200 2025
Antara kegunaan Bantuan SARA MyKasih adalah khas digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas seperti berikut :
- Beras.
- Roti.
- Telur.
- Minyak masak.
- Tepung.
- Biskut.
- Mi segera.
- Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe).
- Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang).
- Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
- Produk kebersihan (Contoh : Ubat gigi, Sabun cecair mandian, Tuala wanita).
- Ubat-ubatan (Contoh : Panadol, Ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM).
- Barangan persekolahan (Contoh : Pakaian seragam sekolah, Kasut, Beg sekolah, Alat tulis).
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.