Sebagai sebahagian daripada inisiatif Kerajaan Madani, JPJ meneruskan program MyLesen B2 bagi membantu golongan belia dan pelajar daripada keluarga B40 mendapatkan Lesen Memandu Motosikal Kelas B2 secara percuma. Program ini membolehkan mereka memperoleh lesen tanpa sebarang kos, sekaligus meringankan beban kewangan penerima yang layak.
Bagaimana cara menyemak status penerima Lesen Memandu Percuma JPJ 2025? Ikuti panduan lengkap dan info terkini di sini.

BACA JUGA : JPJ Lesen Percuma 2025: Semak Kelayakan MyLesen & Cara Mohon Sekarang!
KATEGORI LESEN MEMANDU PERCUMA
Lesen yang akan diberikan secara percuma dan ditanggung oleh Kerajaan adalah seperti berikut:
BANTUAN | KATEGORI LESEN PERCUMA |
---|---|
MyLESEN B2 | Lesen Memandu Motosikal (B2) |
SYARAT KELAYAKAN PESERTA PROGRAM LESEN MEMANDU PERCUMA
Syarat dan Kategori Kelayakan mestilah terdiri daripada:
- Warganegara Malaysia;
- Berusia 16 sehingga 35 tahun semasa mengemukakan permohonan;
- Sihat dari segi fizikal dan mental;
- Terdiri daripada Golongan B40 dan Tanggungan;
- Pelajar Sekolah Menengah, Graduan Institut Pengajian Tinggi atau Golongan Belia;
- Tidak memiliki sebarang Lesen Memandu Malaysia (LMM) semasa mengemukakan permohonan.
- Bebas daripada senarai hitam oleh mana-mana Mahkamah, JPJ, PDRM atau mana-mana agensi semasa mengemukakan permohonan.
CARA MOHON LESEN MEMANDU PERCUMA
Permohonan lesen memandu percuma adalah seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi JPJ, di pautan berikut: https://www.jpj.gov.my/
- Dapatkan borang Permohonan Lesen Percuma MyLESEN B2 2025 Terkini.
- Kemudian, Isi maklumat permohonan di ruangan yang disediakan dengan lengkap.
- Sertakan sekali dokumen sokongan yang diperlukan seperti [Kad Pengenalan], [Keputusan Ujian Saringan Kesihatan], dan [Gambar Pasport].
- Setelah itu, pemohon hendaklah memilih Pusat Latihan Memandu yang berdekatan untuk menjalani Latihan Praktikal dan Hantar borang tersebut.
- Kemudian, Pihak JPJ akan mengatur jadual latihan memandu dan memaklumkan tarikh ujian praktikal.
- Pastikan pemohon hadir pada kesemua tarikh yang ditetapkan untuk memastikan permohonan anda tidak terbatal.
- Selesai.
DOKUMEN SOKONGAN PERMOHONAN LESEN MEMANDU PERCUMA
Untuk permohonan lesen memandu percuma, individu dikehendaki menyediakan dokumen sokongan permohonan seperti berikut;
- Salinan Kad Pengenalan.
- Gambar Berukuran Pasport Terkini.
- Keputusan Ujian Saringan Kesihatan.
TARIKH PERMOHONAN LESEN MEMANDU PERCUMA
Permohonan MyLesen B2 kini dibuka bermula Februari sehingga Oktober 2025 atau sehingga kuota penyertaan yang ditetapkan oleh Negeri masing-masing dipenuhi.
BORANG PESERTA PROGRAM LESEN MEMANDU PERCUMA
Borang Lesen Memandu Percuma B2 adalah seperti berikut:
BORANG-PERMOHONAN-PESERTA-MYLESEN-B2Download
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Jabtana pengangkutan Jala Raya (JPJ) yang berdekatan.
- Talian Bantuan: +60 3 8000 8000
- e-Mel: [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://www.jpj.gov.my/