Kadar Bayaran STR Fasa 2 2025: Semakan Status Kelayakan & Jumlah Bantuan

Kadar Bayaran STR Fasa 2 2025: Semakan Status Kelayakan & Jumlah Bantuan

Dalam Belanjawan 2025, Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peningkatan peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada RM13 bilion, berbanding RM10 bilion tahun sebelumnya. Ini menjadikan STR 2025 sebagai bantuan kewangan terbesar dalam sejarah bagi membantu rakyat menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat.

Bagaimana cara semakan status kelayakan dan kadar bayaran STR Fasa 2 2025? Ikuti panduan lengkap di bawah.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

KADAR BAYARAN STR FASA 2

BACA JUGA : https://semakanstr.my/semakan-sara-2025/

CARA BAYARAN STR FASA 2 2025

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah adalah secara berperingkat mengikut empat (4) fasa yang mana menerima akan menerima bayaran dengan cara :

  • Penerima Ada Akaun Bank :
    • Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan.
  • Penerima Tiada Akaun Bank :
    • Diberikan secara tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.
  • Penerima Status ‘Gagal Kredit’ :
    • Diberikan secara tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.

KADAR BAYARAN STR FASA 2 2025

Setiap kategori akan menerima kadar bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berbeza seperti berikut :

KATEGORI
PENERIMA
KADAR BAYARAN
STR 2025
BAYARAN STR
FASA 1
BAYARAN STR
FASA 2
Isi Rumah B40
(Pendapatan
bawah RM2,500)
0 anak : RM1,000
1-2 anak : RM1,500
3-4 anak : RM2,000
5 ke atas : RM2,500
Semua : RM500Belum
diumumkan
Isi Rumah M40
(Pendapatan
RM2,501 –
RM5,000)
0 anak : RM500
1-2 anak : RM750
3-4 anak : RM1,000
5 ke atas : RM1,250
RM150 – RM300Belum
diumumkan
Warga Emas
Tiada Pasangan
RM600RM150RM150
BujangRM600RM150RM150

*Nota : Untuk mengetahui kadar bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang akan anda terima fasa kedua (2), sila semak melalui portal rasmi STR.

TARIKH BAYARAN STR FASA 2 2025

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah mengikut tarikh berikut :

PELAKSAAN FASATARIKH BAYARAN
Pertama (1)22 – 28 Januari 2025
Kedua (2)Belum diumumkan
Ketiga (3)Belum diumumkan
Keempat (4)Belum diumumkan

*Nota : Tarikh akan dikemaskini dari semasa ke semasa apabila kerajaan mengumumkannya secara rasmi.

PAUTAN PORTAL RASMI STR 2025

Berikut merupakan pautan Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :

PERKARAPAUTAN
Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah
(STR) 2025
https://bantuantunai.hasil.gov.my/

PANDUAN SEMAK STATUS BAYARAN STR FASA 2 2025

Ikuti panduan semakan status bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa 2 seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR); atau klik pautan di atas.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  11. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  12. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  13. Status Bayaran Fasa 2 akan dipaparkan.
  14. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.