Semakan Kelayakan MyKasih SARA 2025 kini boleh dibuat secara online untuk mengetahui sama ada anda layak menerima bantuan ini atau tidak. Bagi memastikan keperluan asas rakyat Malaysia, khususnya golongan B40 dan M40, terus terjamin, kerajaan meneruskan pemberian Bantuan MyKasih SARA sepanjang tahun 2025. Bantuan ini diberikan kepada lebih ramai penerima yang layak bagi meringankan beban kos sara hidup.
Nak tahu cara semak kelayakan MyKasih SARA 2025? Ikuti panduan lengkap yang kami kongsikan di bawah.
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

SEMAKAN KELAYAKAN MYKASIH SARA 2025
Ketahui status kelayakan sebagai penerima MyKasih SARA melalui semakan berikut :
- Pautan Laman Web Rasmi MyKasih SARA : https://mykasih.com.my.
- Layari pautan laman web rasmi MyKasih SARA di atas.
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
MANFAAT BANTUAN MYKASIH SARA 2025
Berikut merupakan antara manfaat Bantuan MyKasih SARA :
- Bantuan dikreditkan setiap bulan selama tempoh 9 hingga 12 bulan;
- Boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas;
- Dikreditkan secara tanpa tunai melalui kad pengenalan penerima;
- Sekiranya penerima tidak menggunakan bantuan pada bulan semasa, baki akan dibawa ke bulan seterusnya;
- Bantuan sah digunakan sehingga 31 Disember 2025.
JUMLAH BANTUAN MYKASIH SARA 2025
Jumlah Bantuan MyKasih SARA yang akan diterima oleh setiap penerima adalah berbeza seperti berikut :
- KATEGORI ISI RUMAH :
ISI RUMAH MISKIN & MISKIN TEGAR | ISI RUMAH ASAS BUKAN MISKIN |
---|---|
RM100/RM200 sebulan sehingga RM2,100 setahun | RM100 sebulan sehingga RM900 setahun |
- KATEGORI BUJANG :
BUJANG MISKIN & MISKIN TEGAR |
---|
RM50 sebulan sehingga RM600 setahun |
- KATEGORI WARGA EMAS :
WARGA EMAS MISKIN & MISKIN TEGAR | WARGA EMAS ASAS BUKAN MISKIN |
---|---|
RM100 / RM150 sebulan sehingga RM1,650 setahun | RM50 sebulan sehingga RM450 setahun |
JADUAL KREDIT BANTUAN MYKASIH SARA 2025
Pengkreditan Bantuan MyKasih SARA adalah dijadualkan seperti berikut :
KELAYAKAN PENERIMA | TARIKH KREDIT BANTUAN |
---|---|
Penerima Miskin & Miskin Tegar | 15/01/2025 (Rabu) 01/02/2025 (Sabtu) 01/03/2025 (Sabtu) 01/04/2025 (Selasa) 01/05/2025 (Khamis) 01/06/2025 (Ahad) 01/07/2025 (Selasa) 01/08/2025 (Jumaat) 01/09/2025 (Isnin) 01/10/2025 (Rabu) 01/11/2025 (Sabtu) 01/12/2025 (Isnin) |
Penerima Asas Bukan Miskin | 01/04/2025 (Selasa) 01/05/2025 (Khamis) 01/06/2025 (Ahad) 01/07/2025 (Selasa) 01/08/2025 (Jumaat) 01/09/2025 (Isnin) 01/10/2025 (Rabu) 01/11/2025 (Sabtu) 01/12/2025 (Isnin) |
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.