Semakan Keputusan MRSM 2025 Tingkatan 1 & 4
Pengambilan pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi sesi 2025 terus mengutamakan 60% tempat untuk keluarga berpendapatan rendah (B40). Pemohon luar bandar dan miskin bandar juga diberi keutamaan dalam proses pemilihan.
Calon boleh membuat semakan tawaran MRSM secara online bermula 13 Januari 2025 untuk pengambilan pertama.
Ingin tahu cara semakan keputusan MRSM Tingkatan 1 & 4? Rujuk panduan di bawah untuk info lengkap dan langkah-langkah semakan.
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.
BACA JUGA : https://semakanstr.my/b40-bantuan-ewallet/
TARIKH SEMAKAN KEPUTUSAN MRSM
Menurut Pengurusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Keputusan tawaran kemasukkan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi tingkatan 1 dan 4 sesi 2025 boleh mula disemak bermula pada 13 Januari 2025 (12.30 tengah hari) yang berdasarkan Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM).
BIL. SEMAKAN | TARIKH KEPUTUSAN |
---|---|
Pertama (1) | 13 Januari 2025 |
Kedua (2) | 27 Januari 2025 |
Ketiga (3) | 3 Mac 2025 |
Keempat (4) | 17 Mac 2025 |

SEMAKAN KEPUTUSAN MRSM
- Semakan Keputusan MRSM Tingkatan 1 :
- Sila layari laman semakan di sini : https://mrsm.mara.gov.my/semakmrsmT1/.
- Masukkan nombor kad pengenalan anak tingkatan 1 tanpa sengkang (-) contoh : 120230115678.
- Kemudian, masukkan nombor kad pengenalan ibu atau bapa atau penjaga tanpa sengkang (-) contoh : 890230113456.
- Seterusnya, klik pada butang [Semak].
- Keputusan kemasukkan MRSM Tingkatan 1 sesi 2025 akan dipaparkan.
- Selesai.
- Semakan Keputusan MRSM Tingkatan 4 :
- Sila layari laman semakan di sini : https://mrsm.mara.gov.my/semakmrsmT4/.
- Masukkan nombor kad pengenalan anak tingkatan 4 tanpa sengkang (-) contoh : 090230115677.
- Kemudian, masukkan nombor kad pengenalan ibu atau bapa atau penjaga tanpa sengkang (-) contoh : 890230113456.
- Seterusnya, klik pada butang [Semak].
- Keputusan kemasukkan MRSM Tingkatan 4 sesi 2025 akan dipaparkan.
- Selesai.
*NOTA : Calon perlu membuat pengesahan terima atau tolak tawaran dalam tempoh (7 hari) daripada tarikh semakan. Kegagalan membuat pengesahan terima akan dianggap menolak tawaran dan keputusan tawara adalah muktamad.
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan MRSM, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Laman MRSM : https://www.mara.gov.my/bm/microsite/.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mara.gov.my/.