Pengeluaran KWSP 2025: Syarat & Cara Kelayakan Akaun 3

Pengeluaran KWSP 2025: Layak atau Tidak?

Akaun 3 KWSP, iaitu akaun simpanan tambahan yang merangkumi 10% daripada jumlah simpanan ahli, membolehkan pengeluaran wang pada bila-bila masa untuk keperluan kecemasan dan segera. Walau bagaimanapun, kelayakan dan syarat tertentu perlu dipenuhi sebelum membuat pengeluaran.

Adakah anda layak untuk pengeluaran KWSP 2025? Ketahui syarat, proses, dan maklumat terkini di sini!

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

PENGELUARAN DUIT KWSP TERBARU 2025

BACA JUGA : MySTR Fasa 2 2025

SYARAT LULUS PENGELUARAN DUIT KWSP TERBARU 2025

Pengeluaran KWSP akaun fleksibel (akaun 3) hanya dibenarkan kepada individu yang memenuhi syarat yang ditetapkan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia atau Bukan Warganegara;
  • Belum mencapai umur 55 tahun;
  • Mempunyai simpanan dalam Akaun Fleksibel (Akaun 3);
  • Pengeluaran pada bila-bila masa dengan had amaun pengeluaran minimum RM50

CARA MOHON PENGELUARAN DUIT KWSP TERBARU 2025

Permohonan Simpanan KWSP bagi Akaun 3 boleh dilakukan melalui (2) kaedah seperti berikut:

  • Secara Online di Portal Rasmi KWSP i-Akaun / aplikasi KWSP i-Akaun; atau
  • Secara manual melalui ahli Pejabat KWSP berdekatan bagi bukan warganegara.

PANDUAN LENGKAP PERMOHONAN PENGELUARAN DUIT KWSP TERBARU 2025 ONLINE

Permohonan Pengeluaran Simpanan KWSP Akaun 3 melalui aplikasi KWSP i-Akaun seperti berikut:

  1. Log masuk ke aplikasi KWSP i-Akaun.
  2. Pilih menu [Pengeluaran].
  3. Seterusnya, klik pada [Keluarkan Simpanan Anda].
  4. Pilih [Akaun Fleksibel].
  5. Klik pada butang [Keluar Sekarang].
  6. Masukkan jumlah pengeluaran mengikut yang anda layak dan klik [Teruskan].
  7. Kemaskini maklumat akaun bank anda.
  8. Kemudian, klik butang [Teruskan].
  9. Sekiranya anda bersetujut dengan ‘Perakuan Ahli’, klik butang [Terima].
  10. Nombor TAC akan dihantar, masukkan dengan tepat.
  11. ‘Permohonan anda berjaya dihantar’ akan dipaparkan.
  12. Selesai.

TEMPOH PENGELUARAN DUIT KWSP SETELAH LULUS

Amaun duit akan dikreditkan ke dalam akaun bank pemohon dalam masa 7 hari bekerja, selepas permohonan Pengeluaran Akaun Fleksibel pemohon diluluskan.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berdekatan.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.kwsp.gov.my/ms/ahli/fasa-kehidupan/pengeluaran-akaun-fleksibel