Keselamatan jalan raya lebih terjamin apabila setiap individu memiliki Lesen Memandu Malaysia (LMM) yang sah. Namun, kos yuran sering menjadi halangan bagi sesetengah rakyat. Oleh itu, kerajaan memperkenalkan Program Bantuan Lesen Motosikal Percuma Kelas B2 khas untuk golongan yang kurang berkemampuan.
Bagaimanakah cara permohonan lesen percuma secara online? Ikuti panduan lengkap dan semakan kelayakan di bawah.
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : eWallet 2025 RM200: Semakan Kelayakan & Bayaran Terkini
SYARAT PERMOHONAN LESEN PERCUMA 2025
Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat seperti berikut :
- Warganegara Malaysia.
- Berumur 16 tahun sehingga 35 tahun semasa mengemukakan permohonan.
- Merupakan pelajar sekolah / institut pengajian tinggi / golongan belia.
- Terdiri daripada Golongan Keluarga Berpendapatan Rendah (B40);
- Sihat dari segi Fizikal dan Mental.
- Tidak memiliki sebarang Lesen Memandu Malaysia (LMM) semasa mengemukakan permohonan.
- Tidak disenarai hitamkan oleh mana-mana agensi kerajaan, badan swasta atau Institusi Kewangan semasa mengemukakan permohonan.
PERMOHONAN LESEN PERCUMA ONLINE 2025
Untuk memohon, pemohon perlu memuat turun (download) Borang Permohonan di bawah :
- Dapatkan borang Permohonan Lesen Percuma MyLESEN B2 2025 Terkini di atas.
- Kemudian, Isi maklumat permohonan di ruangan yang disediakan dengan lengkap.
- Sertakan sekali dokumen sokongan yang diperlukan seperti :
- Salinan Kad Pengenalan;
- Keputusan Ujian Saringan Kesihatan; dan
- Gambar Pasport.
- Setelah itu, pemohon hendaklah memilih Pusat Latihan Memandu yang berdekatan untuk menjalani Latihan Praktikal dan hantar borang tersebut.
- Apabila permohonan diluluskan, Pihak JPJ akan mengatur jadual latihan memandu dan memaklumkan tarikh ujian praktikal. (Pastikan pemohon hadir pada tarikh yang ditetapkan untuk memastikan permohonan anda tidak terbatal).
- Selesai.
TARIKH PERMOHONAN LESEN PERCUMA 2025
Lazimnya permohonan Lesen Percuma dibuka bermula bulan Februari sehingga Oktober (seperti tahun sebelumnya). Namun, tarikh permohonan untuk tahun 2025 masih belum diumumkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Oleh itu, pemohon perlu menyemak pada laman rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi mengelakkan terlepas untuk memohon Lesen Percuma kerana tarikh permohonan dan bilangan kuota adalah berbeza bagi setiap negeri.
MAKLUMAT TAMBAHAN LESEN PERCUMA 2025
Berikut merupakan maklumat tambahan berkaitan Program Lesen Percuma yang dilaksanakan :
- Kos yuran peserta yang melibatkan fi latihan, amali dan ujian akan ditaja sepenuhnya.
- Kos pengangkutan ke Institut Memandu (IM) dan kos-kos tambahan lain adalah tidak termasuk di dalam pakej ini dan perlu ditanggung oleh peserta sendiri.
- Peserta perlu mengikuti latihan, amali dan ujian memandu berdasarkan tempoh masa dan Standard Operating Procedure (SOp) yang ditetapkan.
- Peserta hendaklah bersedia mengikuti program ini berdasarkan tempoh masa dan jadual latihan serta ujian yang ditetapkan.
- Adalah tertakluk kepada apa-apa syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dari semasa ke semasa.
- Adalah diwajibkan untuk peserta menandatangani Surat Aku Janji dan pengesahan kendiri kesihatan penyertaan program MyLesen B2 bagi memastikan komitmen dan kebajikan semua pihak berjalan lancar sehingga program tamat.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan myLesen, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Rasmi : 03-8892 8714 / 8693
- Alamat e-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.jpj.gov.my/.