LHDN STR Fasa 1 2025: Semak Status Anda Sekarang
Kerajaan telah menyusun semula subsidi bagi memastikan lebih banyak hasil dapat disalurkan kepada rakyat melalui program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Peruntukan tahun ini meningkat kepada RM13 bilion, berbanding RM10 bilion pada tahun sebelumnya. Bagi Fasa 1 STR 2025, bayaran sebanyak RM150 hingga RM500 akan diberikan kepada penerima berdasarkan kategori kelayakan yang ditetapkan.
Ingin tahu cara menyemak status kelayakan pembayaran anda? Ketahui panduan dan maklumat lengkap semakan LHDN STR Fasa 1 di bawah.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/sara-2024-semakan/
APA ITU LHDN STR FASA 1 2025
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang diperuntukan oleh Kerajaan adalah disalurkan di bawah Lembaga Hasil Dalam Negeri khas disasarkan untuk rakyat yang berpendapatan rendah (B4) dan pendapatan sederhana (M40) secara tunai ansur selama empat (4) fasa dan kini adalah bayaran fasa pertama (1).
SYARAT KELAYAKAN STR 2025
Hanya individu yang memenuhi syarat kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) seperti berikut sahaja akan layak menerima bayaran :
- Warganegara Malaysia; dan
- Isi Rumah :
- Berpasangan ada atau tiada anak;
- Ibu/bapa tunggal ada anak yang menepati syarat;
- Tiada had umur;
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,000 sebulan.
- Warga Emas :
- Tiada pasangan atau ibu/bapa tunggal tiada anak;
- Berumur 60 tahun dan ke atas;
- Pendapatan warga emas tidak melebihi RM5,000 sebulan.
- Bujang :
- Belum berkahwin; atau
- Balu/Duda/Janda tiada anak;
- Had umur 21 hingga 59 tahun (Bujang OKU berumur 19 tahun dan ke atas);
- Pendapatan bujang tidak melebihi RM2,500 sebulan;
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
- Isi Rumah :
PORTAL RASMI LHDN STR 2025
Berikut merupakan pautan Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dikendalikan oleh LHDNM untuk semakan / permohonan sepanjang tahun 2025 :
PERKARA | PAUTAN |
---|---|
Portal Rasmi LHDN STR 2025 | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
PANDUAN SEMAKAN STATUS KELAYAKAN LHDN STR FASA 1 2025
Ikuti panduan lengkap semakan status kelayakan penerimaan bayaran STR Fasa 1 :
- Sila klik pada pautan Portal Rasmi LHDN STR 2025 di atas.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 1 akan dipaparkan bersama jumlah.
- Selesai.
TARIKH BAYARAN STR FASA 1 2025
TARIKH MULA BAYARAN STR FASA 1 2025 | TARIKH AKHIR BAYARAN STR FASA 1 2025 |
---|---|
22 Januari 2025, Rabu | 28 Januari 2025, Selasa |
KADAR BAYARAN STR FASA 1 2025
Kadar bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 adalah bergantung kepada kategori penerima seperti berikut :
KATEGORI PENERIMA | KADAR BAYARAN STR FASA 1 2025 |
---|---|
Isi Rumah B40 | Semua : RM500 |
Isi Rumah M40 | RM150 – RM300 |
Warga Emas | RM150 |
Bujang | RM150 |
KAEDAH BAYARAN STR FASA 1 2025
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa 1 adalah melalui dua (2) kaedah, iaitu :
- Penerima Ada Akaun Bank :
- Dikreditkan ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan; atau
- Penerima Tiada Akaun Bank :
- Diberikan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf.