Program My Kasih SARA 2025 mendapat sambutan tinggi dengan 700,000 penerima sedia ada. Kini, ia telah diperluaskan kepada lebih 4.7 juta penerima baharu, menjadikan jumlah keseluruhan penerima seramai 5.4 juta.
Bagaimana cara untuk menyemak status kelayakan My Kasih SARA? Ketahui panduan lengkap dan maklumat terkini di sini.

BACA JUGA : MyKasih Semakan 2025: Semak Kelayakan Penerima RM600, RM900 & RM2100
APA ITU MY KASIH SARA
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah merupakan bantuan tambahan yang diagihkan di bawah program MyKasih khas untuk membantu menampung kos pembelian barangan keperluan seperti bahan makanan, produk kebersihan, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan anak.
KELAYAKAN PENERIMA MY KASIH SARA 2025
Berikut merupakan kriteria kelayakan penerima MyKasih SARA bagi tahun 2025 :
- Penerima Sedia Ada SARA :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
- Penerima Baharu SARA :
- Warganegara Malaysia; dan
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.
AMAUN KREDIT MY KASIH SARA 2025
Setiap penerima sedia ada dan penerima baharu akan menerima amaun pengkreditan MyKasih SARA yang berbeza seperti berikut :
- Penerima Sedia Ada :
- Isi Rumah : RM100 & RM200 sebulan (RM2,100 setahun).
- Warga Emas : RM100 & RM150 sebulan (RM1,650 setahun).
- Bujang : RM50 sebulan (RM600 setahun).
- Penerima Baharu :
- Isi Rumah : RM100 sebulan (RM900 setahun).
- Warga Emas : RM50 sebulan (RM450 setahun).
- Bujang : Tiada.
MY KASIH SARA SEMAKAN 2025
Ikuti panduan semakan status kelayakan penerima MyKasih SARA seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Selesai.
Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Halaman utama Portal STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
- Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
- Selesai.
TARIKH KREDIT MY KASIH SARA 2025
Pengkreditan Bantuan SARA adalah secara tanpa tunai (cashless) melalui kad pengenalan penerima mengikut tarikh berikut :
KELAYAKAN PENERIMA | TARIKH KREDIT BANTUAN |
---|---|
Penerima Sedia Ada | 15 Januari 2025 hingga Disember 2025 (Selama tempoh 12 bulan) |
Penerima Baharu | April 2025 hingga Disember 2025 (Selama tempoh 9 bulan) |
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.