MYKASIH 2025 DALAM IC: SEMAKAN STATUS KELAYAKAN (RM600, RM900 & RM2100)

Kad Pengenalan (IC) rakyat Malaysia bukan sekadar dokumen pengenalan, tetapi juga berfungsi sebagai kad pintar yang membolehkan transaksi tanpa tunai (cashless). Bagi memudahkan penerima, kerajaan telah mengkreditkan Bantuan MyKasih 2025 terus ke dalam IC, membolehkan pembelian keperluan asas dengan lebih mudah dan pantas.

Bagaimanakah cara menyemak status kelayakan penerima MyKasih 2025 dalam IC? Ketahui panduan lengkap dan maklumat terkini di sini!

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

MYKASIH 2025 DALAM IC SEMAKAN STATUS

BACA JUGA : BANTUAN RAYA 2025

AMAUN KREDIT MYKASIH 2025 DALAM IC

Pengkreditan Bantuan MyKasih ke dalam IC penerima adalah mengikut kelayakan penerima seperti berikut :

  • KATEGORI ISI RUMAH :
    • Isi Rumah penerima STR dan daftar e-Kasih akan menerima sebanyak RM100 dan RM200 setiap bulan sehingga RM2,100 setahun.
    • Isi Rumah penerima STR sahaja akan menerima sebanyak RM100 setiap bulan sehingga RM900 setahun.
  • KATEGORI WARGA EMAS :
    • Warga Emas penerima STR dan daftar e-Kasih akan menerima sebanyak RM100 dan RM150 setiap bulan sehingga RM1,650 setahun.
    • Warga Emas penerima STR sahaja akan menerima sebanyak RM50 setiap bulan sehingga RM450 setahun.
  • KATEGORI BUJANG :
    • Bujang penerima STR dan daftar e-Kasih akan menerima sebanyak RM50 setiap bulan sehingga RM600 setahun.

MYKASIH 2025 DALAM IC SEMAKAN STATUS

Terdapat dua (2) cara semakan status Bantuan Dalam IC, iaitu melalui :

  • Portal Rasmi MyKasih; atau
  • Aplikasi MyKasih.

Ikuti panduan semakan seperti berikut :

  • SEMAKAN STATUS MELALUI PORTAL RASMI MYKASIH :
    1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
    2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
    3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
    4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
    5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
    6. Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
    7. Log masuk ke portal rasmi MySTR.
    8. Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
    9. Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
    10. Selesai.
  • SEMAKAN STATUS MELALUI APLIKASI MYKASIH :
    1. Muat turun aplikasi MyKasih di app store / google play dalam telefon bimbit anda.
    2. Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
    3. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
    4. Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
    5. Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
    6. Klik pada butang [Next] di bawah.
    7. Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
    8. Selesai.

KEGUNAAN MYKASIH DALAM IC

Antara kegunaan Bantuan MyKasih Dalam IC adalah khas untuk pembelian barangan keperluan asas mengikut senarai berikut :

  • Beras.
  • Roti.
  • Telur.
  • Minyak masak.
  • Tepung.
  • Biskut.
  • Mi segera.
  • Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe).
  • Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang).
  • Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
  • Produk kebersihan (Contoh : Ubat gigi, Sabun cecair mandian, Tuala wanita).
  • Ubat-ubatan (Contoh : Panadol, Ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM).
  • Barangan persekolahan (Contoh : Pakaian seragam sekolah, Kasut, Beg sekolah, Alat tulis).

CARA GUNA BANTUAN MYKASIH DALAM IC

Individu yang berstatus ‘Layak’ boleh menggunakan Bantuan MyKasih Dalam IC mengikut cara berikut :

  1. Kunjungi kedai yang menerima bayaran menggunakan IC (rujuk : Senarai Kedai Terpilih Di Sini)
  2. Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
  3. Tunjukkan IC kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
  4. Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
  5. Penerima perlu memasukkan 6-digit nombor PIN IC.
  6. Bayaran menggunakan IC akan disahkan dan resit akan diberikan.

TARIKH KREDIT BANTUAN MYKASIH 2025 DALAM IC

Pengkreditan Bantuan MyKasih dalam IC penerima adalah setiap bulan selama tempoh 9 hingga 12 bulan mengikut tarikh berikut :

KELAYAKAN PENERIMATARIKH KREDIT
MYKASIH DALAM IC
Penerima STR dan e-KasihDikreditkan setiap bulan selama tempoh 12 bulan :
Bermula 15 Januari 2025
sehingga 1 Disember 2025
Penerima STR sahajaDikreditkan setiap bulan selama tempoh 9 bulan :
Bermula 1 April 2025
sehingga 1 Disember 2025

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.