MyKasih 2025 RM200 Sebulan: Semakan Status Kelayakan Penerima

MyKasih 2025 RM200 Sebulan: Semakan Status Kelayakan Penerima

Sebahagian daripada 700,000 penerima yang layak akan menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih bernilai RM200 setiap bulan. Bayaran ini akan dikreditkan secara tanpa tunai (cashless) terus ke dalam MyKad penerima, bermula 1 April 2025.

Bagaimana cara semakan status kelayakan MyKasih RM200 sebulan? Rujuk panduan lengkap di bawah untuk mengetahui syarat kelayakan dan cara membuat semakan status secara online.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

MYKASIH 2025 RM200 SETIAP BULAN

BACA JUGA : Bantuan Madani 2025

JADUAL KREDIT MYKASIH 2025 RM200 SETIAP BULAN

Pengkreditan Bantuan MyKasih yang bernilai RM200 setiap bulan adalah dijadualkan seperti berikut :

BIL.TARIKH KREDITJUMLAH BANTUAN
1.April 2025RM200
2.Mei 2025RM200
3.Jun 2025RM200
4.Julai 2025RM200
5.Ogos 2025RM200
6.September 2025RM200
7.Oktober 2025RM200
8.November 2025RM200
9.Disember 2025RM200

*Bantuan akan dikreditkan pada setiap 1 hari bulan dan sah digunakan sehingga 31 Disember 2025.

KRITERIA PENERIMA MYKASIH RM200 SETIAP BULAN

Pemberian Bantuan MyKasih RM200 setiap bulan khas untuk yang menepati kriteria kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025;
  • Kategori isi rumah berpasangan (ada / tiada anak) atau isi rumah tunggal (ada anak); dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA MYKASIH RM200 SETIAP BULAN

  1. Sila layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Selesai.

Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui, klik pada butang [Semak Kelayakan].

  1. Halaman utama Portal STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
  2. Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  3. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  4. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  5. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  6. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  7. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  8. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  10. Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
  11. Selesai.

CARA KREDIT MYKASIH RM200 SETIAP BULAN

Kerajaan telah menyelaraskan cara pengkreditan Bantuan MyKasih kepada semua penerima di seluruh Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak iaitu Bantuan RM200 akan dikreditkan secara tanpa tunai menerusi kad pengenalan (IC) penerima khas untuk pembelian barangan keperluan asas setiap bulan.

KEGUNAAN MYKASIH RM200 SETIAP BULAN

Antara kegunaan Bantuan MyKasih yang dikreditkan sebanyak RM200 setiap bulan adalah khas untuk penerima membuat pembelian barangan keperluan asas mengikut senarai berikut :

  • Beras.
  • Roti.
  • Telur.
  • Minyak masak.
  • Tepung.
  • Biskut.
  • Mi segera.
  • Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe).
  • Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang).
  • Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
  • Produk kebersihan (Contoh : Ubat gigi, Sabun cecair mandian, Tuala wanita).
  • Ubat-ubatan (Contoh : Panadol, Ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM).
  • Barangan persekolahan (Contoh : Pakaian seragam sekolah, Kasut, Beg sekolah, Alat tulis).

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.