MyKasih 2025: Semak Kelayakan & Cek Status Bayaran (RM200, RM100 & RM50)

Untuk membantu golongan rentan menghadapi peningkatan kos sara hidup, kerajaan meneruskan Bantuan Sumbangan Keperluan Asas MyKasih 2025. Tahun ini, bantuan bulanan sebanyak RM200, RM100, atau RM50 diberikan kepada lebih 5.4 juta penerima, meningkat berbanding 0.7 juta penerima tahun lalu.

Bagaimana cara semak kelayakan MyKasih 2025? Ikuti panduan lengkap semakan dan status bayaran di sini!

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

MYKASIH 2025 SEMAK KELAYAKAN

BACA JUGA : https://semakanstr.my/semakan-sara-2025/

MYKASIH 2025 SYARAT KELAYAKAN

Berikut merupakan syarat kelayakan penerima Bantuan MyKasih bagi tahun 2025 :

  • Kelayakan Penerima Sedia Ada (Miskin Tegar dan Miskin) :
    • Warganegara Malaysia;
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
    • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
  • Kelayakan Penerima Baharu (Asas Bukan Miskin) :
    • Warganegara Malaysia; dan
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.

MYKASIH 2025 SEMAK KELAYAKAN

Ikuti panduan semakan kelayakan Bantuan MyKasih di bawah :

  • Panduan Semakan Melalui Portal Rasmi MyKasih :
    1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
    2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
    3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
    4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
    5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
    6. Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
    7. Log masuk ke portal rasmi MySTR.
    8. Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
    9. Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
    10. Selesai.
  • Panduan Semakan Melalui Aplikasi Rasmi MyKasih :
    1. Muat turun aplikasi MyKasih di app store / google play dalam telefon bimbit anda.
    2. Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
    3. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
    4. Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
    5. Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
    6. Klik pada butang [Next] di bawah.
    7. Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
    8. Selesai.

CARA PENERIMAAN MYKASIH 2025

Penerimaan Bantuan MyKasih adalah mengikut cara seperti berikut :

  1. Setelah penerima diluluskan dan didaftarkan Mykasih, akaun akan dibuka berdasarkan Nombor Kad Pengenalan penerima dalam sistem Mykasih yang mana elaun perbelanjaan akan disimpan.
  2. Penerima akan menerima elaun bulanan melalui Kad Pengenalan untuk membeli barang keperluan asas terpilih.
  3. Pasar raya dan Kedai runcit yang mengambil bahagian dalam program pembelian tanpa tunai ini akan mempunyai infrastruktur sistem pembayaran MyKasih di dalam premis mereka di mana penerima dapat membuat pembayaran menggunakan Kad Pengenalan.

JUMLAH KREDIT MYKASIH 2025 MENGIKUT KELAYAKAN

Setiap kelayakan akan menerima jumlah pengkreditan Bantuan MyKasih yang berbeza seperti berikut :

JUMLAH KREDIT MYKASIH
PENERIMA SEDIA ADA
JUMLAH KREDIT MYKASIH
PENERIMA BAHARU
ISI RUMAH : RM2,100 setahun
(RM100/RM200 sebulan)
ISI RUMAH : RM900 setahun
(RM100 sebulan)
WARGA EMAS : RM1,650 setahun
(RM100/RM150 sebulan)
WARGA EMAS : RM450 setahun
(RM50 sebulan)
BUJANG : RM600 setahun
(RM50 sebulan)

TARIKH KREDIT MYKASIH 2025

Pengkreditan Bantuan MyKasih adalah dijadualkan mengikut tarikh berikut :

KELAYAKAN PENERIMATARIKH KREDIT
MYKASIH 2025
Penerima Sedia Ada
(Miskin & Miskin Tegar)
Setiap bulan :
15 Januari 2025 sehingga Disember 2025
(12 bulan)
Penerima Baharu
(Asas Bukan Miskin)
Setiap bulan :
April 2025 sehingga Disember 2025
(9 bulan)

*Nota : Tarikh akan dikemaskini dari semasa ke semasa apabila ianya diumumkan secara rasmi oleh kerajaan.

KEGUNAAN MYKASIH 2025

Penerima yang disahkan layak boleh menggunakan Bantuan MyKasih yang dikreditkan dalam kad pengenalan untuk pembelian barangan keperluan asas seperti berikut :

  • Beras.
  • Roti.
  • Telur.
  • Minyak masak.
  • Tepung.
  • Biskut.
  • Mi segera.
  • Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe).
  • Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang).
  • Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
  • Produk kebersihan (Contoh : Ubat gigi, Sabun cecair mandian, Tuala wanita).
  • Ubat-ubatan (Contoh : Panadol, Ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM).
  • Barangan persekolahan (Contoh : Pakaian seragam sekolah, Kasut, Beg sekolah, Alat tulis).

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.