MyKasih 2025: Semakan Status Kelayakan & Cara Cek Online

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 adalah bantuan bersasar yang disalurkan di bawah Program MyKasih, bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah. Dengan peruntukan sehingga RM13 bilion, bantuan ini diagihkan bersama Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi meringankan beban kewangan penerima yang layak.

Bagaimana cara cek status kelayakan MyKasih 2025 secara online? Ikuti panduan lengkap semakan dan info terkini di bawah.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

MYKASIH COM MY CHECK 2025

BACA JUGA : MYKASIH SEMAK 2025: Semakan Kelayakan Penerima RM200 & RM100 Sebulan (Status Terkini)

APA ITU MYKASIH COM MY 2025

MyKasih com my adalah merupakan sebuah portal rasmi oleh Yayasan MyKasih yang mengendalikan Program Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang boleh diakses oleh rakyat Malaysia untuk semakan status kelayakan.

Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) disalurkan khas untuk membantu meringankan bebanan kos sara hidup rakyat melalui penyaluran terus ke dalam kad pengenalan (IC) penerima yang boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas secara tanpa tunai (cashless).

KADAR PENYALURAN MYKASIH 2025

Penyaluran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di bawah MyKasih adalah dengan kadar sebanyak berikut :

  • Kepada 0.7 juta Penerima MyKasih Sedia Ada :
    • Isi Rumah : RM2,100 setahun (RM100 & RM200 setiap bulan);
    • Warga Emas : RM1,650 setahun (RM100 & RM150 setiap bulan); dan
    • Bujang : RM600 setahun (RM50 setiap bulan).
  • Kepada 4.7 juta Penerima MyKasih Baharu :
    • Isi Rumah : RM900 setahun (RM100 setiap bulan);
    • Warga Emas : RM450 setahun (RM50 setiap bulan).

JADUAL PENYALURAN MYKASIH 2025

Berikut merupakan jadual penyaluran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih bagi tahun 2025 :

KELAYAKAN PENERIMAPENYALURAN FASA 1PENYALURAN FASA 2
0.7 juta Penerima Sedia Ada15 Januari 2025
hingga
Mac 2025
(Selama 3 bulan)
April 2025
hingga
Disember 2025
(Selama 9 bulan)
4.7 juta Penerima BaharuApril 2025
hingga
Disember 2025
(Selama 9 bulan)

PAUTAN RASMI MYKASIH COM MY CHECK 2025

Check status kelayakan anda sebagai penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui pautan Portal Rasmi MyKasih di bawah berikut :

PERKARAPAUTAN
PORTAL RASMI MYKASIHhttps://mykasih.com.my/

PANDUAN CHECK STATUS MYKASIH COM MY 2025

Ikuti panduan cara check status melalui pautan Portal Rasmi MyKasih :

  1. Layari pautan Portal Rasmi MyKasih di atas.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
  7. Log masuk ke portal rasmi MySTR.
  8. Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.