Semakan MyKasih SARA 2025: Kelayakan & Cara Mohon
Program bantuan bersasar Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 telah ditambah baik dengan pelaksanaan dua peringkat bagi penerima eKasih dan bukan eKasih. Selain itu, kadar bayaran bulanan juga dinaikkan bagi memastikan keperluan asas harian golongan yang memerlukan terus dipenuhi.
Bagaimana cara membuat semakan status penerima MyKasih SARA 2025? Ketahui syarat kelayakan, jumlah bantuan, dan cara permohonan di sini!
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : MySTR Fasa 2 2025
KEGUNAAN MYKASIH DALAM IC 2025
Bantuan yang dikreditkan Dalam IC penerima adalah khas untuk digunakan bagi pembelian barangan berikut :
- Bahan makanan seperti : Beras, Roti, Telur, Minyak masak, Tepung, Biskut, Mi segera, Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe), Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang) dan Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
- Produk kebersihan seperti : Ubat gigi, Sabun cecair mandian, Tuala wanita.
- Ubat-ubatan seperti : Panadol, Ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM.
- Barangan persekolahan seperti : Pakaian seragam sekolah, Kasut, Beg sekolah, Alat tulis.
CARA GUNA MYKASIH DALAM IC 2025
Hanya individu yang disahkan layak sahaja boleh menggunakan IC seperti berikut :
- Kunjungi kedai yang menerima bayaran menggunakan IC (rujuk : Senarai Kedai Terpilih)
- Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjukkan IC kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
- Penerima perlu memasukkan 6-digit nombor PIN IC.
- Bayaran menggunakan IC akan disahkan dan resit akan diberikan.
SEMAKAN STATUS PENERIMA MYKASIH DALAM IC 2025
Ikuti semakan status sebagai penerima Bantuan Dalam IC melalui Portal Rasmi atau Aplikasi MyKasih seperti berikut :
- Panduan Semakan Status Melalui Portal Rasmi MyKasih :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
- Panduan Semakan Status Melalui Aplikasi MyKasih :
- Muat turun aplikasi MyKasih di app store / google play dalam telefon bimbit anda.
- Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
JUMLAH KREDIT MYKASIH DALAM IC 2025
- KATEGORI ISI RUMAH :
KELAYAKAN ISI RUMAH | JUMLAH KREDIT BANTUAN DALAM IC |
---|---|
Isi Rumah e-Kasih | RM100/RM200 setiap bulan sehingga RM2,100 setahun |
Isi Rumah Bukan e-Kasih | RM100 setiap bulan sehingga RM900 setahun |
- KATEGORI WARGA EMAS :
KELAYAKAN WARGA EMAS | JUMLAH KREDIT BANTUAN DALAM IC |
---|---|
Warga Emas e-Kasih | RM100/RM150 setiap bulan sehingga RM1,650 setahun |
Warga Emas Bukan e-Kasih | RM50 setiap bulan sehingga RM450 setahun |
- KATEGORI BUJANG :
KELAYAKAN BUJANG | JUMLAH KREDIT BANTUAN DALAM IC |
---|---|
Bujang e-Kasih | RM50 setiap bulan sehingga RM600 setahun |
Bujang Bukan e-Kasih | – |
JADUAL KREDIT MYKASIH DALAM IC 2025
Pengkreditan Bantuan Dalam IC penerima adalah dijadualkan setiap bulan seperti tarikh berikut :
PENERIMA E-KASIH | PENERIMA BUKAN E-KASIH |
---|---|
15/01/2025 (Rabu) 01/02/2025 (Sabtu) 01/03/2025 (Sabtu) 01/04/2025 (Selasa) 01/05/2025 (Khamis) 01/06/2025 (Ahad) 01/07/2025 (Selasa) 01/08/2025 (Jumaat) 01/09/2025 (Isnin) 01/10/2025 (Rabu) 01/11/2025 (Sabtu) 01/12/2025 (Isnin) | 01/04/2025 (Selasa) 01/05/2025 (Khamis) 01/06/2025 (Ahad) 01/07/2025 (Selasa) 01/08/2025 (Jumaat) 01/09/2025 (Isnin) 01/10/2025 (Rabu) 01/11/2025 (Sabtu) 01/12/2025 (Isnin) |
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.