Semakan Status MyKasih Januari 2025: Cek Kelayakan RM100/RM50
Untuk membantu rakyat yang paling terkesan dengan peningkatan kos sara hidup, Program Bantuan MyKasih melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan mula dilaksanakan secara bersasar pada Januari 2025. Bantuan ini bertujuan meringankan beban ekonomi golongan miskin dan miskin tegar sepanjang tahun.
Bagaimana cara semak status penerima MyKasih 2025? Ikuti panduan penuh di sini untuk memastikan kelayakan anda!

BACA JUGA : https://semakanstr.my/login-mykasih-2025/
TARIKH RASMI PENERIMAAN MYKASIH
Penerimaan Bantuan MyKasih yang pertama adalah bermula pada tarikh :
PERKARA | TARIKH RASMI |
---|---|
Penerimaan Bantuan MyKasih | 15 JANUARI 2025, RABU |
*Seterusnya, penerimaan Bantuan MyKasih adalah pada bulan Februari sehingga Disember pada tarikh yang akan dimaklumkan nanti.
KADAR KREDIT SETIAP PENERIMA MYKASIH
Pengkreditan Bantuan MyKasih kepada setiap penerima adalah mengikut kadar seperti berikut :
- Penerima Berstatus Miskin dan Miskin Tegar :
KATEGORI PENERIMA | KADAR KREDIT MYKASIH JANUARI – MAC | KADAR KREDIT MYKASIH APRIL – DISEMBER |
---|---|---|
ISI RUMAH | RM100 sebulan | RM200 sebulan |
WARGA EMAS | RM100 sebulan | RM150 sebulan |
BUJANG | RM50 sebulan | RM50 sebulan |
- Penerima Berstatus Asas Bukan Miskin :
KATEGORI PENERIMA | KADAR KREDIT MYKASIH JANUARI – MAC | KADAR KREDIT MYKASIH APRIL – DISEMBER |
---|---|---|
ISI RUMAH | – | RM100 sebulan |
WARGA EMAS | – | RM50 sebulan |
BUJANG | – | – |
SEMAKAN STATUS PENERIMA MYKASIH
Bagi individu yang ingin mengetahui status layak atau tidak terimas Bantuan MyKasih pada bulan Januari ini, sila semak melalui pautan Portal Rasmi MyKasih seperti berikut :
PERKARA | PAUTAN |
---|---|
Portal Rasmi MyKasih | https://mykasih.com.my/ |
Ikuti panduan semakan status MyKasih seperti berikut :
- Sila layari pautan Portal Rasmi MyKasih di atas.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tiada Rekod Ditemui’.
- Selesai.
BILANGAN PENERIMA MELEPASI STATUS MYKASIH
Berdasarkan rekod, bilangan penerima yang melepasi status kelayakan MyKasih adalah seramai :
KELAYAKAN PENERIMA | BILANGAN PENERIMA |
---|---|
Penerima Miskin dan Miskin Tegar | 0.7 juta penerima |
Penerima Asas Bukan Miskin | 4.7 juta penerima |
*Menjadikan bilangan keseluruhan penerima yang melepasi status Bantuan MyKasih adalah seramai 5.4 juta penerima bagi tahun 2025.
KAEDAH MAKLUMAN PENERIMA MYKASIH
Penerima yang disahkan layak akan menerima makluman sebagai penerima Bantuan MyKasih melalui kaedah seperti berikut :
- Surat Pemakluman :
- Surat ‘Lulus’ STR bersekali kelayakan SARA akan dihantar kepada alamat yang berdaftar dalam permohonan.
- Sistem Pesanan Ringkas (SMS blast) :
- Penerima yang layak akan menerima Sistem Pesanan Ringkas / aplikasi WhatsApp daripada MyKasih untuk pengesahan status berserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit terdekat.
- Semakan Melalui Portal Rasmi MyKasih :
- Untuk semakan status boleh diketahui melalui puatan Portal Rasmi MyKasih (seperti panduan di atas).
- Hubungi Talian MyKasih :
- Talian BKK HASiL : 1-800-88-2747 (waktu operasi : 9 pagi sehingga 5 petang sahaja).
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan MyKASIH, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.