Semakan Status MyKasih SARA 2025: Ketahui Kelayakan Bantuan Anda
Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 di bawah inisiatif MyKasih telah menerima peningkatan peruntukan sebanyak 75%, sekali gus memberi peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk menerima bantuan tanpa tunai yang disalurkan melalui kad pengenalan.
Adakah anda layak menerima bantuan ini? Semak status MyKasih SARA 2025 sekarang dan ikuti panduan lengkap di bawah untuk mengetahui kelayakan dan cara semakan terkini.
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : MySTR Fasa 2 2025
BILANGAN PENERIMA MYKASIH SARA 2025
Penerima yang layak menerima Bantuan SARA (MyKasih) adalah seramai berikut :
BILANGAN PENERIMA SEDIA ADA | BILANGAN PENERIMA BAHARU |
---|---|
0.7 juta penerima | 4.7 juta penerima |
Isi Rumah, Warga Emas dan Bujang | Isi Rumah dan Warga Emas |
MYKASIH SARA 2025 SEMAKAN STATUS
Semak status anda sebagai penerima Bantua SARA melalui semakan di pautan Portal Rasmi MyKasih berikut :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
SEMAKAN BAKI MYKASIH SARA 2025
Ikuti cara semakan Baki Bantuan SARA MyKasih yang ada dalam MyKad seperti berikut :
- Muat turun aplikasi MyKasih di app store / google play dalam telefon bimbit anda.
- Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
JUMLAH KREDIT MYKASIH SARA 2025
Bantuan SARA MyKasih dikreditkan dengan jumlah seperti berikut :
JUMLAH KREDIT MYKASIH SARA PENERIMA SEDIA ADA | JUMLAH KREDIT MYKASIH SARA PENERIMA BAHARU |
---|---|
Isi Rumah : RM2,100 setahun | Isi Rumah : RM900 setahun |
Warga Emas : RM1,650 setahun | Warga Emas : RM450 setahun |
Bujang : RM600 setahun | – |
CARA GUNA MYKASIH SARA 2025
Hanya penerima yang disahkan boleh menggunakan Bantuan SARA MyKasih seperti berikut :
- Kunjungi kedai MyKasih yang terpilih berhampiran.
- Pilih barangan keperluan yang ingin dibeli (berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga).
- Tunjukkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
- Penerima perlu menukar nombor Pin sementara (6-digit pertama MyKad) kepada nombor Pin baharu.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan keperluan asas yang dipilih mengikut kategori yang dibenarkan.
- Pembayaran menggunakan MyKad dan penerima perlu memasukkan 6-digit nombor Pin untuk pengesahan transaksi bayaran.
- Resit bayaran akan diberikan untuk semakan transaksi pembelian.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.